combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PGA Sarawak Rampas Barangan Bernilai Hampir RM20 Juta Menerusi 18 Operasi
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merekodkan 18 kejayaan menerusi beberapa operasi yang dijalankan di seluruh Sarawak bermula 1 Julai hingga semalam, dengan nilai rampasan keseluruhan RM19.96 juta.
Komander PGA Briged Sarawak Senior Asisten Komisioner Lim Bak Phai berkata antara yang dirampas dalam operasi itu ialah produk sejuk beku, minyak diesel, kayu balak, hidupan liar serta tangkapan membabitkan warga tempatan serta warga asing.
Beliau berkata kejayaan terbesar direkodkan di Sibu, Miri, Bintulu, Sri Aman dan Kuching membabitkan lebih 60 tan produk ayam, babi, ikan, nuget dan sosej, selain stor sejuk beku, kenderaan serta pelbagai peralatan penyimpanan dan pemprosesan dengan nilai rampasan RM10.06 juta.
“Selain itu, PGA turut berjaya menumpaskan beberapa kegiatan penyelewengan minyak diesel di sekitar Sri Aman dan Kota Samarahan yang melibatkan rampasan hampir 16,000 liter minyak diesel, tangki skid, tangki simpanan, jentera berat serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM824,599.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lim berkata PGA turut membongkar beberapa kegiatan pembalakan tanpa permit, pemprosesan kayu secara haram serta kes berkaitan hidupan liar yang membawa kepada rampasan kayu balak, kayu diproses, kayu gaharu, sarang burung walit, jentera berat, stor penyimpanan dan pelbagai peralatan.
“Menerusi Ops Taring Batas/Awas, PGA berjaya mengesan dan menahan beberapa pendatang tanpa izin, selain menggagalkan cubaan penyeludupan beras dan produk daging sejuk beku tanpa permit sah serta merampas telefon bimbit, motosikal dan wang tunai dengan nilai rampasan keseluruhan RM783,747.40,” katanya.