combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,148
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,148
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PGA Rampas 2,500 Anak Pokok Keranji Disyaki Diseludup Dari Thailand
Kredit: Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,500 anak pokok keranji disyaki diseludup dari Thailand, ketika rondaan di Jalan Kampung Terusan menghala ke Bukit Lata, Jeram Perdah, Pasir Mas, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan itu dilakukan pada 4.45 petang selepas sepasukan anggota menahan lori Hicom berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati lori terbabit membawa 2,500 anak pokok keranji dipercayai dibawa masuk dari negara jiran, selain menahan pemandunya, seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun.
“Suspek mendakwa mengambil anak pokok berkenaan dari sebuah pangkalan haram di sekitar Lubok Gong untuk dihantar ke sebuah tapak semaian di Kota Bharu dengan menerima upah RM300 bagi setiap penghantaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Radzi berkata kesemua anak pokok itu diserahkan kepada Jabatan Pertanian untuk tindakan lanjut selepas dipercayai mempunyai serangga perosak.
Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk lori berkenaan dianggarkan RM350,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 [Akta 167].