BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Rampas 1,300 Anak Pokok Diseludup Dari Thailand Bernilai RM278,000

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

PGA Rampas 1,300 Anak Pokok Diseludup Dari Thailand Bernilai RM278,000​

161ffb5c6587cdf8c10af2d7d9cbd559699069f61cc54

SAC Ahmad Radzi Hussain

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,300 anak pokok pelbagai spesies yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam satu operasi di Jalan Besar Rantau Panjang-Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata anggota bertugas menahan sebuah lori Hicom berwarna putih yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun selepas mendapati kenderaan itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemukan 500 anak pokok rambutan, 200 anak pokok tekoma, 200 anak pokok kelapa, 200 anak pokok kenanga dan 200 anak pokok jambu yang dibawa tanpa dokumen sah.

“Pemandu terbabit gagal mengemukakan sebarang permit atau dokumen berkaitan tumbuhan berkenaan. Anak pokok itu dipercayai diseludup masuk dari Thailand dan berpotensi membawa serangga perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM278,000 termasuk lori yang digunakan, bernilai kira-kira RM150,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Radzi berkata siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan anak pokok itu dari sebuah nurseri di Golok, Thailand sebelum membawanya masuk ke negara ini melalui laluan sungai dan dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar ke Johor.

Beliau berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, manakala semua rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan bagi tindakan selanjutnya.

 
Back
Top
Log in Register