BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai petua kehidupan

Makna Cinta Pada Allah

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti Anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook Anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya Anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta Anda padanya.

Untuk apa Anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa Anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana Anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang Anda, supaya Anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, Anda rasa cukup puas hati.

Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.

Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki Anda dimurahkan, hidup Anda dibahagiakan, urusan Anda dipermudahkan, masalah Anda dikurangkan, pergaulan Anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

itu yang sebaiknya..

info yang sangat2 bagus untuk dikongsi bersama:)cgrock
 
Malas cara bijak
:):):):):):):):)

Kita boleh memberi ruang kepada kemalasan tapi dalam amaun masa yang kita kawal, bukan rasa malas tu yang mengawal kita. Bila kita lawan malas, kita akan struggle. Susah. Mencabar.

Cara paling senang, fokuskan untuk membina kerajinan. Rajinkan diri tanpa ada niat mahu melawan rasa malas. Buatlah apa-apa kerja, terutama kerja yang memberi manfaat untuk orang lain, kemudian memberi manfaat pada diri sendiri.

Malas cara bijak maksudnya kita malas pada waktu tertentu.

Ada orang bermalas-malas pada waktu dia dah bajet waktu untuk bermalas-malas. Masa tu dia tak guna untuk buat kerja lain, cuma bermalas-malas. Badan kita ni perlukan sedikit waktu untuk adjust balik dia punya keseimbangan.

Bila rehat tu ngam, bermalas-malasan tu ngam dia punya amaun, Anda akan bertenaga semula selepas selesai sesi bermalas-malasan. Dengan syarat, biar malas yang dikawal.

Tips bagaimana untuk mengawal malas:

1. Jika Anda merasa malas, katakan pada diri sendiri yang Anda mahu ‘simpan’ malas tu untuk saat yang lain, iaitu waktu yang Anda dah set untuk bermalas-malas.

2. Bila sampai masa untuk bermalas-malas, secara automatiknya Anda akan rasa relaks yang amat sangat sebab Anda dah ‘claim’ malas yang tersimpan tu.

3. Bila sudah selesai waktu relaks, Anda akan rasa segar. Baru ada semangat nak bekerja semula.

4. Ulangi teknik ni untuk melepaskan kepenatan setelah lama rajin berusaha. Sayangi diri Anda. Bila kita rehat sekejap lepas penat bekerja, kita akan tambah bertenaga untuk bekerja semula selepas menikmati sedikit rehat. Inilah yang saya panggil ‘malas cara bijak’.

Memula buat memang agak susah sikit sebab badan dan minda Anda belum terbiasa.
 
Bermotivasikah aku?

Tiap kali Anda rasa anda malas dan kurang bersemangat, cuba tanya diri Anda dengan soalan ini: “bermotivasikah aku?”

Tanya dan terus tanya.

Selepas tu, diamkan diri sekejap dan jangan fikir apa-apa.

Jawapannya akan muncul selepas itu dalam bentuk kata hati atau signal biologi – Anda menguap dan tetiba merasa letih yang amat.

Tiap kali Anda tanya “bermotivasikah aku?” Anda sedang menghantar signal kepada tubuh badan Anda.

Signal ni dihantar akan meminta respon dari hati dan jasmani Anda.

Jika hati berkata YA, Anda akan cepat merasa bermotivasi.

Anda tetiba rasa bersemangat.

Anda akan tiba-tiba teringat apa yang Anda nak capai. Anda jadi rajin.

Jika jasmani berkata YA, Anda akan segera bingkas, mengelak dari malas.

Anda lebih banyak terbayang bantal, selimut dan katil dari matlamat Anda.

Jika Anda menguap dan bertangguh-tangguh, itu maknanya hati dan jasmani Anda memberi signal negatif.

Tafsirannya, Anda tidak bermotivasi.

Lakukan mental check sepanjang masa.

Caranya, tanya diri Anda dengan soalan “bermotivasikah aku” untuk merasai sejauh mana tahap motivasi Anda – rendah atau tinggi.
 
Tip Bagaimana Untuk Mengubah Mindset

Mindset adalah sikap Anda, iaitu attitude Anda. Sikap terbentuk kesan dari pergaulan Anda dengan orang sekeliling, kesan dari perkataan-perkataan yang Anda dengar, lihat, fikiran, bayangakan dan perkataan yang Anda ulang-ulangkan.

Mungkin Anda pernah dengar perkataan bernama ‘anjakan paradigma’. Bagi kami, anjakan paradigma samalah dengan perubahan mindset. Ubah mindset lama ke mindset baru. Ia juga kami ertikan sebagai perubahan tindakan, dari tindakan yang kurang bagus kepada tindakan bagus seterusnya kepada tindakan yang lebih bagus.

Tips Bagaimana Untuk Ubah Mindset

Mulakan perubahan mindset dengan perubahan sikap. Ubah perangai dan ubah aktiviti Anda. Sebagai contoh, jika dulu Anda biasa bangun pagi pada jam 6 pagi, ubah mindset dengan berusaha bangun lebih awal pada jam 5:30 pagi.

Jika dulu Anda cuma membaca 1 buku selama 1 bulan, ubah mindset tersebut dengan melatih diri untuk membaca 1 buku selama 1 minggu. Jika dulu Anda makan tanpa mengira jenis makanan, kali ni ubah mindset dengan memilih untuk makan hanya makanan penuh berkhasiat sahaja.

Mindset akan berubah jika ada perubahan pada tindakan. Mindset Anda terubah menjadi mindset baru jika Anda menukar aktiviti Anda menjadi aktiviti lain dari kebiasaan secara langkah demi langkah.

Anda perlu tahu, mindset Anda tidak akan terubah andainya Anda hanya merubah mindset di fikiran tetapi tidak merubah tindakan dan aktiviti Anda.
 
tidak perlu "BUTTON THANKS"..
cukup sekadar anda berterima kasih pada diri anda sendiri kerana meluangkan masa membaca2 artikel2 ini...
:):):):)
 
Cayalah TT. Teruskan. Bagus nie.

Sebab tak ada butang thanks aku guna cara Hidier(ahli CG) dengan menggunakan..............................

FB-like-discounts.png
 
aku xbermotivasi mungkin sebab aku xyakin dengan apa yang aku buat sekarang akan berbaloi untuk masa2 hadapan. sebab dlm hati aku doubt mgkin ada benda lain di luar sana yg lebih berbaloi untuk aku kerjakan.

#:-S
 
sbb ko tk kenal sapa diri ko sebenar..ko adalah org yg kuat memberontak dari dlm..cuba tgk2 balik..
mgkn motivasi ko hnya sampai dr pihak ke 3..
atau seseorang bakal mengubah hidup ko..

just my 2cent:D:D:D
 
Malas cara bijak
:):):):):):):):)

Kita boleh memberi ruang kepada kemalasan tapi dalam amaun masa yang kita kawal, bukan rasa malas tu yang mengawal kita. Bila kita lawan malas, kita akan struggle. Susah. Mencabar.

Cara paling senang, fokuskan untuk membina kerajinan. Rajinkan diri tanpa ada niat mahu melawan rasa malas. Buatlah apa-apa kerja, terutama kerja yang memberi manfaat untuk orang lain, kemudian memberi manfaat pada diri sendiri.

Malas cara bijak maksudnya kita malas pada waktu tertentu.

Ada orang bermalas-malas pada waktu dia dah bajet waktu untuk bermalas-malas. Masa tu dia tak guna untuk buat kerja lain, cuma bermalas-malas. Badan kita ni perlukan sedikit waktu untuk adjust balik dia punya keseimbangan.

Bila rehat tu ngam, bermalas-malasan tu ngam dia punya amaun, Anda akan bertenaga semula selepas selesai sesi bermalas-malasan. Dengan syarat, biar malas yang dikawal.

Tips bagaimana untuk mengawal malas:

1. Jika Anda merasa malas, katakan pada diri sendiri yang Anda mahu ‘simpan’ malas tu untuk saat yang lain, iaitu waktu yang Anda dah set untuk bermalas-malas.

2. Bila sampai masa untuk bermalas-malas, secara automatiknya Anda akan rasa relaks yang amat sangat sebab Anda dah ‘claim’ malas yang tersimpan tu.

3. Bila sudah selesai waktu relaks, Anda akan rasa segar. Baru ada semangat nak bekerja semula.

4. Ulangi teknik ni untuk melepaskan kepenatan setelah lama rajin berusaha. Sayangi diri Anda. Bila kita rehat sekejap lepas penat bekerja, kita akan tambah bertenaga untuk bekerja semula selepas menikmati sedikit rehat. Inilah yang saya panggil ‘malas cara bijak’.

Memula buat memang agak susah sikit sebab badan dan minda Anda belum terbiasa.

suka artikel ni..

sebab kawan mmg jenis malas..

motivasi tinggi TT ni..

:):):)
 
Back
Top
Log in Register