BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai petua kehidupan

Tip Bagaimana Untuk Mengubah Mindset
Mindset adalah sikap Anda, iaitu attitude Anda. Sikap terbentuk kesan dari pergaulan Anda dengan orang sekeliling, kesan dari perkataan-perkataan yang Anda dengar, lihat, fikiran, bayangakan dan perkataan yang Anda ulang-ulangkan.

Mungkin Anda pernah dengar perkataan bernama ‘anjakan paradigma’. Bagi kami, anjakan paradigma samalah dengan perubahan mindset. Ubah mindset lama ke mindset baru. Ia juga kami ertikan sebagai perubahan tindakan, dari tindakan yang kurang bagus kepada tindakan bagus seterusnya kepada tindakan yang lebih bagus.

Tips Bagaimana Untuk Ubah Mindset


Mulakan perubahan mindset dengan perubahan sikap. Ubah perangai dan ubah aktiviti Anda. Sebagai contoh, jika dulu Anda biasa bangun pagi pada jam 6 pagi, ubah mindset dengan berusaha bangun lebih awal pada jam 5:30 pagi.

Jika dulu Anda cuma membaca 1 buku selama 1 bulan, ubah mindset tersebut dengan melatih diri untuk membaca 1 buku selama 1 minggu. Jika dulu Anda makan tanpa mengira jenis makanan, kali ni ubah mindset dengan memilih untuk makan hanya makanan penuh berkhasiat sahaja.

Mindset akan berubah jika ada perubahan pada tindakan. Mindset Anda terubah menjadi mindset baru jika Anda menukar aktiviti Anda menjadi aktiviti lain dari kebiasaan secara langkah demi langkah.

Anda perlu tahu, mindset Anda tidak akan terubah andainya Anda hanya merubah mindset di fikiran tetapi tidak merubah tindakan dan aktiviti Anda.
 
Orang malas melawan malas
Malas ni sebenarnya sikap normal. Ia akan menjadi sikap yang kurang normal apabila kita lebih banyak melayan rasa malas dari melayan rasa keseronokan bekerja ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Setiap orang ada tahap kemalasannya tersendiri.

Tak kiralah tahap malas kita tu tinggi ke, rendah ke, sederhana ke, yang penting sekarang ni kita kena fahami badan kita ni cemana. Apabila kita merasa malas, mengantuk dan kurang bertenaga, sebenarnya tubuh badan kita sedang memberitahu kita sesuatu. Biasanya, rasa malas berpunca dari perjalanan darah yang kurang lancar.

Dari situ, kita merasa mengantuk, kurang bertenaga dan seakan-akan terasa nak tidur saja. Teknik terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah dengan:

1. Membuat regangan otot-otot badan terutama bahagian leher, bahu dan pergelangan lutut.
2. Aktif bergerak, berjalan dengan pantas, menarik nafas dalam-dalam dengan kerap.


Kedua-dua pergerakan fizikal tadi tu membuat aliran darah dalam badan kita bergerak lancar. Kemudian, kita akan merasa lega, pernafasan kita teratur, penglihatan kita tajam, fikiran kita terfokus dan kita tiba-tiba merasa bersemangat.

Jika Anda kerap menggunakan komputer/laptop, Anda akan cepat diserang kemalasan sebab hanya jari-jemari Anda saja yang bergerak. Amik masa 10 minit berehat sekejap dari melihat skrin komputer setiap 1 jam menggunakan komputer/laptop.

Jarakkan diri Anda 7 meter dari komputer/laptop tu, pergi ke tingkap, lihat keluar melalui tingkap kemudian tarik nafas dalam-dalam. Lakukan sebanyak 3 kali. Kesannya Anda akan merasa sedikit lega, tenang dan entah cemana, akan timbul rasa kesyukuran yang amat sangat.

Anda akan merasa lebih bersemangat selepas itu. Latihan asas ni adalah cara paling baik untuk membangkitkan motivasi dalam diri Anda dalam apa jua perkara yang Anda nak lakukan – misalnya time nak mengurus rumah, mengurus anak-anak, menaip, bekerja, memandu, memasak atau simply mencuci kereta.

Sekali lagi saya ingatkan, apabila Anda melawan sikap malas, Anda akan semakin kalah. Sebaliknya, tumpukan pada usaha merajinkan diri membuat sesuatu. Lama-kelamaan rasa malas dan sikap malas tu akan hilang dengan sendirinya langkah demi langkah.
 
Bagaimana Menggunakan Niat Untuk Memberi Motivasi Pada Diri
Setiap hari, jadikanlah niat mahu memperbaiki diri satu niat yang Anda ucapkan di awal pagi.

Selepas bangun, usah fikir pasal kerja, pasal masalah, pasal duit yang tak cukup, pasal hutang yang menimbun, pasal apa pun jua persoalan.

Elak memikir masalah, elak mengomel pasal masalah.

Elak memikir pasal apa saja yang membuat Anda tertekan.

Fikirkanlah mahu memperbaiki diri hari ini, baik sebaik yang mungkin.

Lafazkan perkataan ini di dalam hati dengan penuh berani..

“aku mahu buat yang terbaik hari ini”.

Lafazkanlah ia dengan keyakinan, keberanian.

Jangan ada ragu, jangan ada sangsi.

Pasti Anda merasa bermotivasi, merasa bersemangat.

Sebab, jika ada ragu atau sangsi, ia akan memadamkan kesan ayat yang Anda lafazkan tadi. Akhirnya, Anda tidak akan merasa bersemangat.

Andai kata Anda mahu bersemangat, lafazkan..

“aku mahu bersemangat”

Lafazkan dengan berani.
 
Motivasi kerja – kaitan hidup dengan kerja
Kita kerja sebab nak senangkan hidup tapi kekadang kerja kita jadi berserabai sebab kita tak gembira menjalani hidup.

Kegembiraan kita di tempat kerja sebenarnya bermula dari rumah. Apabila kita gembira ketika kita berada di rumah, kita akan turut gembira di tempat kerja. Barulah ada motivasi kerja.

Kegembiraan yang ada di hati kita akan terbawa-bawa ke tempat kerja. Kita buat kerja pun hepi saja, ringan dan nampak mudah.

Bila kita tak gembira di rumah, rasa ketidakgembiraan tu akan terbawak-bawak ke tempat kerja. Kita akan jadi tak gembira di tempat kerja.

Akibatnya, kita nak gi kerja pun rasa malas, berat dan rasa tersekat-sekat.

Nak pergi kerja ke tidak, nak pergi ke tidak, nak pergi ke tidak. Gitulah contoh dialog yang berkumandang di dalam hati kita dalam perjalanan ke tempat kerja. Kita akan rasa serba salah.

Kita pergi ke tempat kerja dengan emosi kurang stabil, tertekan dan dipenuhi kegusaran.

Semua ni berlaku simply sebab kita tak gembira. Cemana kalo keadaan ni berlaku 7 tahun lamanya selama Anda masih bekerja? Bayangkan cemana susahnya.

Untuk mengelakkan masalah sedemikian, seboleh mungkin gembirakanlah hati Anda bermula di rumah. Buatlah apa saja perkara yang Anda suka, janji membuat Anda rasa gembira.

Ada orang suka memasak sebab dengan memasak, dia rasa gembira.

Ada orang suka menonton filem dalam DVD berseorangan sebab dia rasa santai, lantas membuatnya gembira.

Bagi Anda yang berkeluarga, mesti suka apabila bersama-sama dengan anak-anak sebab itu membuat Anda merasa gembira.

Hanya satu perkara saja yang kita perlu ingat. Untuk kita ada motivasi kerja, kita perlu merasa gembira. Bukan sekali dua tapi sentiasa, selalu bahkan kena gembirakan diri sepanjang masa.

Untuk kita gembira di tempat kerja, kita perlu gembira bermula dari rumah. Bila dah gembira, semuanya akan jadi senang-senang saja. Jadi ‘smooth’.

Hidup dan kerjaya tidak boleh dipisahkan. Kita bekerja sebab kita nak menyenangkan hidup.

Bila kita dah merasa senang dan gembira ketika menjalani hidup, secara otomatik kita akan gembira ketika kita sedang berada di dalam waktu bekerja.

Anda gembira tak di tempat kerja? Atau rasa kurang gembira?
 
esok saya share lagi..agak2 blh pakai ker dlm kehidupan anda??
mgkn mudah dibaca tp agak sukar dibuat..tkper..slow2:)
 
pandai gak abam rizuan ni bab2 ni. igt tau bab stok awex2 je :))
jgn mara aa
 
mekasih abam. aku dah subscribe. nnt senang aku bace/print

tqtq
 
Back
Top
Log in Register