BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai petua kehidupan

2 Tips Bagaimana Untuk Gembira
agaimana untuk gembira? Susahkah? Tidak, jika Anda tahu caranya.

Berikut adalah 2 tips bagaimana untuk gembira.

Tips 1: Senangkan Orang, Bantulah Seseorang.

Untuk merasa gembira, untuk ubah diri Anda jadi orang gembira, pertama sekali carilah orang yang Anda rasa layak untuk dibantu. Bantulah dengan kudrat dan kemampuan Anda, seiring dengan kapasiti Anda sekarang ini dari segi kewangan, tenaga, ilmu dan tindakan. Menolong orang satu sikap yang bagus.

Namun yang bagusnya adalah, setiap kali Anda bantu seseorang kemudian orang itu mengucap terima kasih, Anda rasa hepi. Anda rasa gembira. Setiap kali teringat balik waktu orang itu mengucap terima kasih, Anda boleh senyum-senyum sendiri dibuatnya. Anda sudah dikuasai rasa gembira.
Ada di kalangan kita suka membantu simply sebab dia mahu merasai detik-detik kegembiraan apabila orang yang dibantuk itu mengucap “Terima kasih”. Oh, alangkah gembiranya!

Bantulah seseorang dengan niat mahu menyenangkan dia. Tanya diri Anda, “apa yang aku boleh buat untuk menolong orang ini?”. Bantulah dengan tujuan hati untuk melihat dia gembira. Dari situ, Anda akan turut merasa gembira.

Tolonglah dia dengan keinginan mahu menambah taqwa di jiwa Anda, dengan rasa moga Allah melihat apa yang Anda lakukan. Moga dari pertolongan Anda itu, diri Anda mendapat perhatian Allah. Moga dari situ doa-doa Anda cepat dimakbulkan oleh-NYA.

Tips 2: Buat Dengan Minat, Bukan Sebab Duit.

Sebelum meninggal dunia, Steve Jobs pernah berpesan, buatlah sesuatu sebab minat dan bukan sebab nak duit. Buktinya, walaupun Steve Jobs ni orang kaya sebelum kematiannya, dia mencipta banyak produk elektronik (seperti iPhone, iPod, Macbook Air) bukan sebab nak dapat banyak duit tapi sebab dia minat mencipta produk-produk canggih yang menyenangkan orang. Inilah minatnya. Mencipta sesuatu yang menggembirakan orang.

Bila sudah ada minat dan Anda buat sesuatu sebab minat, duit akan datang sendiri.

Pada saat itu, Anda sudah tidak kisah lagi pasal duit walaupun sememangnya Anda orang berduit. Tanyalah Azizi Ali dan bacalah buku-buku tulisannya, Anda akan temui hal yang sama seperti yang kami katakan.

Jika Anda ada perniagaan, sebaik-baik perniagaan adalah modewl perniagaan yang dibina disebabkan Anda minat melakukan aktivitinya. Sebagai contoh, jika Anda minat design, minat melukis dan minat mereka bentuk ilusi grafik, maka perniagaan berbentuk khidmat graphic design sesuai untuk Anda.

Jika Anda minat menjahit baju, maka perniagaan kedai jahit sesuai untuk Anda. Anda boleh jadi kaya melalui perniagaan ini.

Sebabnya, dek kerana minat, Anda akan terdorong untuk belajar cemana nak menjahit dengan lebih bagus lagi, Anda akan minat untuk tahu design-design baju yang terbaru, Anda akan cukup puas hati apabila pelanggan-pelanggan Anda gembira dengan baju yang Anda jahitkan untuk mereka.

Jika Anda minat kereta, perniagaan terbaik untuk Anda adalah perniagaan berkaitan kereta seperti menjual aksesori kereta, menjual alat ganti kereta atau simply menjual khidmat mem’modified’ kereta.

Contoh lain, jika Anda minat menulis dan Anda sukakan aktiviti menulis (iaitu aktiviti menuliskan apa yang terfikir di kepala dengan cara tulisan tangan atau dengan menaip di komputer), perniagaan terbaik untuk Anda adalah perniagaan khidmat taip-menatip (seperti menulis surat, menaip borang, mencipta artikel-artikel untuk laman web dan blog-blog).

Untuk pergi lebih jauh lagi, bila Anda suda minat menulis Anda berpeluang untuk menulis buku sendiri lalu bernaung dibawah penerbit ternama seperti PTS Publication supaya buku Anda dapat dikeluarkan (istilah lain, diterbitkan). Bila sudah minat menulis, Anda akan suka serta rasa terdorong untuk menulis lebih banyak buku. Anda akan teringin untuk memperbaiki cara penulisan Anda supaya sesiapapun yang membaca karya Anda rasa hepi dengan tulisan Anda. Anda akan minat menulis lebih banyak lagi cerita. Tanpa Anda sedari bila jutaan orang sudah minat membaca buku Anda, maka jutaan orang inilah yang akan membeli buku-buku tulisan Anda.

Bila sudah ada duit, pasti Anda jadi lebih gembira…kan? (ehemm..).

Buat apa saja aktiviti sebab minat, Anda akan jadi gembira. Sebab, Anda seronok melakukan aktiviti itu. Ada orang merasa gembira berjalan-jalan, sebab dia merasa seronok ketika berjalan-jalan.
 
Marah Positif Dan Marah Negatif

Marah perlu di alirkan.

Bagi sesetengah situasi, marah dilepaskan barulah kesalahan orang yang Anda marahi itu Anda boleh maaafkan dan lupakan.

Anda akan sukar memaafkan kesalahan seseorang kerana Anda masih tidak dapat melupakan apa yang dia buat pada Anda.

Anda perlu lepaskan kemarahan Anda pada dirinya dengan cara meluahkan atau dengan cara teguran.

Cara lain untuk melepaskan marah adalah dengan mengalirkan energi marah tu kepada perbuatan misalnya berkebun, menulis, bersukan, memandu, menyanyi, melalak, bercerita-cerita atau simply melepaskan kemarahan di depan cermin secara bersendirian, seolah-olah Anda memarahi diri sendiri.

Anda akan susah menjadi orang berfikiran positif apabila di hati Anda ada tersimpan marah.

Marah terpendam akan menjadi dendam.

Dendam jadi penghalang utama untuk Anda mempositifkan fikiran.
 
Penggagal Kepada Kejayaan


Ketahuilah sesusah-susah Anda, ada orang jauh lebih susah daripada Anda.

Sesenang-senang Anda, ada orang yang lebih senang daripada Anda.

Maka janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riak.

Elak merasa diri Anda lebih hebat, lebih baik, lebih bagus dari orang lain.

Racun kepada ibadah adalah sikap riak.

Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah perangai merasa diri lebih hebat.

Anda sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.

Seseorang manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap kepada kekurangannya.

Tidak ada daripada kita yang sempurna, iaitu sempurna dari segala segi.

Ada kekurangan, ada kelebihan.

Sikap terbaik adalah bersederhana. Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar kejayaan, Anda diam-diamkan pencapaian.

Orang yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu.

Orang yang suka bersederhana, itulah orang berilmu.

Penggagal kepada kejayaan adalah sikap merasa bangga, terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehingga Anda lupa bersyukur. Anda lupa menghargai orang sekeliling, lupa menghargai pemberian Tuhan kepada Anda.

Bak kata pepatah, apabila suda berada di atas, lihat-lihatlah ke bawah. Supaya Anda tidak menjadi kacang lupakan kulit.
 
Berfikir Positif Tu Susah? Oh Tidak..
Sukarkah untuk berfikiran positif sepanjang masa? Tidak.

Pada permulaan, Anda akan merasa sukar.

Anda merasa susah untuk berfikiran positif sebab pada masa itu minda Anda sudah terbiasa dengan fikiran negatif.

Sebagai manusia, perubahan kepada sesuatu yang baru memerlukan masa dan kekerapan melakukannya.

Fikiran positif tidak boleh dilakonkan.

Ia terbit dari hati.

Fikiran positif tidak boleh dicampur aduk dengan fikiran negatif dalam satu masa.

Anda tidak boleh berfikiran negatif kemudian berfikiran positif dalam masa yang sama.Kesannya tidak akan ada di jiwa.

Anda tidak akan rasa bersemangat.

Anda tidak akan merasa dekat dengan Tuhan.

Soalnya di sini, Anda boleh berfikiran positif sepanjang masa apabila Anda menumpukan usaha kepada sikap bersangka baik, memikir yang baik-baik, berkata yang baik-baik.

Kenapa begitu?

Sebab berfikiran positif adalah satu tabiat.

Apa saja tabiat boleh dibina, diserap lalu dikekalkan dengan cara merubah tindakan, percakapan, pemikiran.

Untuk Anda berubah menjadi orang berfikiran positif, apa yang Anda perlu lakukan hanyalah merubah tindakan Anda, merubah cara Anda bercakap, merubah cara pemikiran Anda.

Sebagai contoh, jika sebelum ini Anda selalu bersangka buruk, ubahlah sikap itu kepada sikap suka bersangka baik.

Hadirkan sikap bersangka baik dan kemudian latih diri melakukannya selalu sekerap mungkin setiap masa, sepanjang masa.

Contoh lain, jika sebelum ini Anda suka mengutuk, mengkomplen, mengomen dan mengomel, ubah sikap itu kepada sikap suka mengagumi, memandang tinggi, menghormati dan menghargai. Amalkan selalu.

Pada peringkat permulaan, ia akan terasa susah.

Lama-kelamaan bila Anda dah selalu buat dan sudah selalu praktis, ia akan menjadi kebiasaan.

Ia akan menjadi sikap Anda secara semulajadi (natural).

Motivasi Anda akan sentiasa menyala.
 
Makna Cinta Pada Allah

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti Anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook Anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya Anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta Anda padanya.

Untuk apa Anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa Anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana Anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang Anda, supaya Anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, Anda rasa cukup puas hati.

Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.

Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki Anda dimurahkan, hidup Anda dibahagiakan, urusan Anda dipermudahkan, masalah Anda dikurangkan, pergaulan Anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.
 
Berjalan cepat untuk membina keyakinan diri
:):):):):):):):):)
Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika Anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya Anda berjalan.

Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukaan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tak semestinya berjalan kelam kabut tapi jalan yang neutral – tak terlalu lambat, tak terlalu laju.

Pada peringkat permulaan Anda mengubah gaya Anda berjalan, Anda akan terasa sedikit kekok.

Cuba tengok gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan.

Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukaan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak, tak membongkok dan tak terlalu mendada. Ikut langkah ni dan amalkan selalu. Berjalan dengan bukaan langkah yang besar dan mata Anda tegak memandang ke depan.

Bila gaya jalan camni dah jadi tabiat Anda, Anda akan dianggap sebagai orang yang berkeyakinan tinggi.

Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang camtu, lantas membuat Anda merasa yakin. Tak ada lagi perasaan gugup atau gusar.
 
Kenapa orang berjaya tu pemilih orangnya

Orang-orang berjaya sebenarnya adalah orang yang pemilih. Mereka jadi pemilih sebab mereka menjaga tahap motivasi mereka. Mereka menjaga kepositifan minda mereka. Orang-orang berjaya memilih dengan siapa mereka bergaul, dengan siapa mereka berkawan, makanan mereka, pakaian, kereta dan suasana tempat tinggal mereka.

Bila kita tekad mahu menjadi orang berjaya, kita kena banyak berkawan dengan orang yang mentalnya diset ke arah kejayaan sama macam kita supaya semangat kita tak pudar dari semasa ke semasa. Kita akan jadi orang pemilih, sebab kita nak jaga motivasi kita. Jika orang yang mahu berjaya berkepit dengan ornag yang tidak mahu berjaya, alamat tak bermotivasilah jawapnya.
 
Back
Top
Log in Register