BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Bubar DUN Adalah Hak, Pertimbangan Kerajaan Negeri - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Keputusan Bubar DUN Adalah Hak, Pertimbangan Kerajaan Negeri - PM Anwar​

4fd52293c5748e3062b97d34eb1579806a20fc6c2e11c

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama khas semasa Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak dan atas pertimbangan kerajaan negeri masing-masing.

Bagaimanapun, beliau berkata keutamaan Kerajaan Persekutuan kini kekal tertumpu kepada pelaksanaan tanggungjawab serta merealisasikan agenda yang ditetapkan sebelum ini.

“Saya memberi tumpuan kepada tugas saya. Masalahnya, ada sesetengah pihak yang tidak memikirkan perkara ini. Kita sepatutnya fokus kepada kerja.

“Pilihan raya negeri tidak seharusnya diadakan atau DUN dibubarkan tanpa keperluan. Itu keputusan mereka. Kami mempunyai keutamaan sendiri dan perlu menumpukan perhatian kepada tanggungjawab kami,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada kemungkinan pilihan raya negeri akan menjejaskan tumpuan pentadbiran kerajaan.

Isnin lepas, Johor membubarkan DUN, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pada Mei lepas, Anwar menyatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal jika rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan terus bertindak menggugat kestabilan politik di negara ini.

 
Back
Top
Log in Register