BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Keperluan Bubar Parlimen Selagi PM Anwar Ada Sokongan Majoriti - DAP

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Tiada Keperluan Bubar Parlimen Selagi PM Anwar Ada Sokongan Majoriti - DAP​

38bdd15b4f20513fd76c897b213619896a9d00b1a992d

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke (tengah) ketika sidang media pada Kongres Wanita DAP Kebangsaan 2026 di sebuah hotel hari ini. Turut kelihatan Ketua Wanita DAP Kebangsaan Teo Nie Ching (kanan) dan Timbalan Ketua Wanita DAP Kebangsaan Yeo Bee Yin (kiri).

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


DAP berpendirian tiada keperluan untuk Kerajaan Perpaduan membubarkan Parlimen selagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata Kerajaan Perpaduan telah dibentuk atas persefahaman selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menerima mandat bagi Ahli Parlimen parti masing-masing selama lima tahun.

"Selepas PRU lepas, beberapa pihak, beberapa gabungan atas nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu telahpun membentuk Kerajaan Perpaduan ini.

"Selagi persefahaman itu masih dikekalkan dan ada sokongan majoriti Ahli Parlimen, tidak ada keperluan untuk membubarkan Parlimen pada ketika ini kerana tempoh Parlimen ini masih ada 15 bulan sehingga hujung tahun depan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2026 yang turut dihadiri Ketua Wanita Kebangsaan DAP Teo Nie Ching di sini.

Loke berkata tempoh 15 bulan itu perlu digunakan bagi melaksanakan perubahan dan agenda yang disepakati oleh gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata perubahan dan agenda itu termasuk beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan iaitu pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang telah dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri dan dibawa ke Parlimen.

"Agenda untuk menghadkan tempoh dua penggal iaitu 10 tahun bagi Perdana Menteri, itu telahpun dipersetujui Jemaah Menteri malah pernah dibawa ke Parlimen.

"Jadi ini dua perkara besar yang seharusnya menjadi tumpuan kerajaan dalam persidangan Parlimen yang akan datang selain daripada pembentangan Belanjawan 2027," katanya.

 
Back
Top
Log in Register