BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mohon DAP Melaka Tangguh Keputusan Keluar Daripada Kerajaan Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Mohon DAP Melaka Tangguh Keputusan Keluar Daripada Kerajaan Negeri​

35109d6e282efce50cb6d38f0de3769f6a560f0b19896

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Pelabuhan Midport di Port Dickson.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (dua, kanan) dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua, kiri).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri bagi memberikan tumpuan pada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu telah dibincangkan bersama-sama Setiausaha Agung DAP Anthony Loke serta Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan berharap rundingan dapat diteruskan bagi mencapai penyelesaian yang terbaik.

“Perkara itu sudah saya cakap dan tanya dengan Menteri (Pengangkutan Anthony) Loke, dengan DAP (Melaka) dan juga Ketua Menteri supaya mereka runding dahulu … tangguh sekejap, supaya kita boleh buat kerja dengan kerajaan negeri sehingga pilihan raya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelabuhan Midport - Pelabuhan Kontena Pintar berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) di Port Dickson, di sini hari ini.

Anwar berkata perbezaan pandangan dalam kalangan parti komponen kerajaan ialah perkara biasa, namun perkara itu tidak seharusnya menjejaskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Walaupun ada dua, tiga perkara yang tidak dipersetujui, tidak mengapa. Sekarang ini, banyak perkara yang kita tidak setuju bersama, tetapi dari segi dasar untuk pertumbuhan ekonomi dan rakyat, kita teruskan.

“Jadi, saya harap mereka pertimbangkan (untuk menangguhkan dahulu),” kata beliau.

Perdana Menteri berkata langkah itu penting bagi memastikan kerajaan negeri dapat meneruskan tugas dan tanggungjawabnya dengan tenang sehingga selesai pilihan raya.

DAP Melaka hari ini mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan.

 
Back
Top
Log in Register