BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukar DAP keluar kerajaan, undian sekadar desak Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80

Sukar DAP keluar kerajaan, undian sekadar desak Anwar​

0197800762762b05d3f559cd2fa84835.jpg

581d799e0ceaefde938b30023739ee3e.jpg

4a040ceb63767c1e87453711e64245fb.jpg

9b7a7a9683d7be2134a630173952ed23.jpg

0f2705f8d9810673efcefa33d6b99fa2.jpg


WAWANCARA | Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Razlan Rafii meramalkan DAP tidak akan meninggalkan kerajaan, sebaliknya melihat undian pada persidangan parti itu esok sebagai satu bentuk tekanan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Razlan yang juga salah seorang setiausaha politik kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas tindakan DAP yang disifatkannya tidak mencerminkan disiplin sebuah parti kerajaan.

Menurut Razlan, persidangan DAP esok sekadar menjadi referendum untuk mendesak kerajaan memenuhi beberapa tuntutan parti itu.

"Mereka (DAP) tak akan keluar kerajaan, sebab mereka bergantung harap kepada Pakatan Harapan (PH).

"Kalau mereka nak keluar daripada kerajaan sudah tentu kerajaan ini tidak stabil, mereka ada lima menteri tujuh timbalan menteri.

"Rakyat akan melihat tidak ada logik kerajaan ini akan kekal jika 40 kerusi (ahli parlimen DAP) yang besar ini tidak percaya dengan polisi kerajaan.

“Bila keluar (kerajaan) itu bermakna tidak percaya dengan polisi kerajaan, dengan kata lain hilang kepercayaan dengan Anwar Ibrahim.

"Bagi saya itu perkara paling sukar untuk mereka buat," kata Razlan pada wawancara bersama Malaysiakini.

Esok, lebih 4,200 perwakilan DAP akan mengundi bagi menentukan sama ada parti itu patut kekal dalam kerajaan persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semasa atau sebaliknya.

Setiausaha Penganjuran Kebangsaan DAP Khoo Poay Tiong sebelum ini memaklumkan proses pengundian itu akan diadakan ketika persidangan tahunan parti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurutnya, usul berkenaan akan dibawa Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bagi pihak Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Khoo berkata CEC akan mengemukakan usul bagi menentukan sama ada DAP patut kekal atau keluar dari kerajaan persekutuan sehingga tamat penggal parlimen semasa.

Kata Khoo, keputusan itu akan dibuat oleh perwakilan melalui undi sulit menggunakan kertas undi, bukan secara undi suara atau angkat tangan.

Mengulas lanjut, Razlan berkata DAP sedar tindakan meninggalkan kerajaan akan menghantar mesej kepada rakyat yang boleh ditafsirkan sebagai parti itu sudah hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Anwar.

Dia turut berpandangan langkah tersebut boleh membuka jalan kepada PRU16 diadakan lebih awal.

"Kalau mereka keluar (kerajaan) mereka hantar mesej yang salah, bahawa rakyat melihat mereka telah hilang kepercayaan kepada kerajaan.

"Sudah tentu PRU akan dibuat dalam masa terdekat, bagi pandangan semua apa lagi parti besar yang menyokong kerajaan akan keluar," katanya lagi.

Bagaimanapun, Loke sebelum ini menjelaskan keputusan persidangan itu tidak akan menjejaskan sokongan DAP terhadap Anwar atau kedudukan parti berkenaan dalam PH.

Menurut Razlan lagi, undian esok sebaliknya bertujuan memberi ruang kepada anggota DAP menyuarakan pendirian susulan beberapa kekalahan parti itu dalam siri pilihan raya sebelum ini.

"Bagi pandangan saya ia (tindakan ini) sesuatu yang tidak berdisiplin, (hanya) memberi tekanan kepada perdana menteri, sejak tewas dalam PRN Sabah lagi mereka ‘ugut’ perdana menteri supaya melaksanakan agenda reformasi," tambahnya lagi.

 
Back
Top
Log in Register