BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesta Kaamatan Lambang Kesyukuran, Perpaduan Dan Kermonian Rakyat Sabah - Hajiji

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Pesta Kaamatan Lambang Kesyukuran, Perpaduan Dan Kermonian Rakyat Sabah - Hajiji​

27c190f0adc5cd0f65af23ebb1293f256a1a4150e0da6

Kredit: Jabatan Ketua Menteri Sabah

Pesta Kaamatan yang disambut pada Mei setiap tahun bukan sekadar perayaan tradisi, malah merupakan warisan budaya penting melambangkan kesyukuran, perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tema sambutan pada tahun ini iaitu "Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian" amat bertepatan dengan semangat negeri itu yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat resam serta kepercayaan.

Beliau berkata kepelbagaian warisan dan budaya tersebut merupakan kekuatan utama yang terus menyatukan seluruh rakyat sebagai satu keluarga besar Sabah.

"Marilah kita terus memelihara warisan budaya yang diwariskan nenek moyang kita, sambil memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan demi kemajuan negeri yang kita cintai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji turut mengucapkan "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan" bermaksud Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh lapisan rakyat Sabah.

 
Back
Top
Log in Register