combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
gambar fail
Sambutan Krismas Sabah 2025 bukan sekadar acara keagamaan, sebaliknya menjadi wadah penting dalam menyatukan rakyat negeri ini berlandaskan semangat muhibah, saling menghormati dan kebersamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata sambutan peringkat negeri itu mencerminkan kematangan sosial serta keharmonian masyarakat Sabah yang berbilang agama, budaya dan latar belakang, sekali gus membuktikan kepelbagaian bukan penghalang, malah kekuatan yang menyatukan rakyat sebagai satu keluarga besar..
Menurut beliau, tema sambutan tahun ini, Pengharapan Damai dalam Kasih (Hope for Peace in Love), amat bertepatan kerana mengajak seluruh rakyat kembali menghayati nilai asas kemanusiaan seperti kedamaian, kasih sayang, harapan serta tanggungjawab bersama.
“Kasih sayang adalah asas kepada semua bentuk perhubungan sama ada dalam institusi keluarga, komuniti, masyarakat mahupun hubungan dengan alam sekitar. Inilah falsafah yang ingin disemai sepanjang penganjuran Sambutan Krismas Sabah 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada Majlis Perasmian Sambutan Krismas Sabah 2025 di Padang Merdeka, di sini, malam ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Mengulas lanjut, Hajiji berkata selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), sambutan berkenaan turut menjadi platform memperkukuh nilai perpaduan sosial dan kesejahteraan rakyat.
Katanya pembangunan yang dihasratkan kerajaan negeri bukan hanya diukur melalui kemajuan fizikal dan ekonomi, sebaliknya turut merangkumi keharmonian hubungan sesama insan, kekuatan institusi kekeluargaan, keprihatinan sosial serta rasa tanggungjawab terhadap ciptaan Tuhan.
“Saya berbesar hati kerana pelbagai program dan aktiviti dianjurkan sepanjang sambutan ini dengan penekanan kepada aspek keluarga, komuniti dan sosial yang saling melengkapi dalam membentuk masyarakat yang seimbang serta berdaya tahan.
Krismas Jadi Wadah Perkukuh Perpaduan, Keharmonian Rakyat Sabah - Hajiji
Hajiji Noor, Krismas, Tun Musa Aman, Sabah