hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
MUNICH – Sebuah penerbangan Vietnam Airlines dari Munich menuju ke Hanoi dilaporkan terpaksa berpatah balik dan mendarat cemas di lapangan terbang Jerman susulan masalah teknikal, Sabtu lalu.
Syarikat penerbangan Vietnam Airlines dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa juruterbang dan anak kapal telah mengambil tindakan pantas mengikut SOP keselamatan yang ditetapkan.
Insiden berkenaan melibatkan pesawat jenis Boeing 787-9 yang dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian tayar sewaktu proses berlepas.
“Hasil siasatan awal berpandukan rakaman video di lokasi menunjukkan pesawat memecut sehingga ke penghujung landasan sebelum berlepas, sekali gus mencetuskan geseran tayar dan kepulan asap.
“Pesawat bagaimanapun selamat mendarat semula dan pihak kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa penerbangan bagi mengenalpasti punca sebenar insiden,” jelas kenyataan berkenaan.
Kesemua penumpang dan kru telah dibawa ke terminal bagi proses pendaftaran semula dan penyediaan kebajikan.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan penumpang mahupun anak kapal.
Vietnam Airlines telah mengatur penerbangan alternatif bagi penumpang yang terjejas sementara pemeriksaan teknikal ke atas pesawat diselesaikan.