BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tren Laluan Kelana Jaya Alami Gangguan Akibat Masalah Teknikal

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
4ba37eed04de0e8731b33895c96b8d84699bbf613d370

Kredit: Rapid KL

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan pada waktu puncak pagi ini selepas beberapa unit tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat isu teknikal.

Rapid KL dalam kenyataan di Facebook memaklumkan gangguan berkenaan menyebabkan tempoh menunggu di platform menjadi lebih lama daripada kebiasaan.

Sehubungan dengan itu, usaha sedang dilakukan bagi memastikan semua penumpang tiba di destinasi dengan selamat.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran anda,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati banyak pengguna meluahkan rasa kecewa kerana insiden itu berlaku pada hari pertama bekerja selepas cuti panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

 
Back
Top
Log in Register