kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pesara Hamdan Ahmad Sapli, 58, menunjukkan anak ayam yang baru menetas menggunakan ‘Incubator Specialist’ di kawasan rumahnya di Batu 10, Lekir, ketika ditemuramah baru-baru ini.
Ketika ada yang merungut atau merintih dek kesukaran hidup, seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memilih untuk mengubah kedudukan ekonomi keluarganya dengan menternak ayam penelur.
Hamdan membuktikan langkah kecilnya dengan memanfaatkan kawasan sekeliling rumahnya di Batu 10, Lekir, di sini berjaya menjana pendapatan hingga RM6,000 sebulan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketika ada yang merungut atau merintih dek kesukaran hidup, seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memilih untuk mengubah kedudukan ekonomi keluarganya dengan menternak ayam penelur.
Hamdan Ahmad Sapli, 58, membuktikan langkah kecilnya dengan memanfaatkan kawasan sekeliling rumahnya di Batu 10, Lekir, di sini berjaya menjana pendapatan hingga RM6,000 sebulan.
"Kita perlu berani memulakan langkah kecil dari rumah. Kalau ada ruang walaupun kecil, jangan biar kosong. Usaha dulu, biarpun hanya lima ekor ayam, jangan asyik merungut. Kita sendiri kena ubah keadaan," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Anak kelahiran Parit itu memulakan penternakan ayam penelur pada April 2022 semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.
Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata idea berkenaan tercetus selepas melihat isu kekurangan bekalan telur ayam di beberapa negeri yang mengehadkan pembelian lima biji telur sahaja bagi setiap keluarga semasa tempoh PKP.
"Dari situ saya berbincang dengan anak untuk cuba bela ayam penelur sebagai langkah keselamatan makanan keluarga. Saya belajar cara-cara untuk menternak ayam penelur melalui YouTube.
“Saya mula menternak 30 ekor ayam penelur yang dibeli pada harga RM7 seekor dan ayam mula bertelur pada Ogos 2022," katanya.
Kini, pesara tentera itu memiliki lebih 60 ekor ayam penelur dewasa jenis Australorp, White Leghorn, Coral dan Lohman Brown yang mampu menghasilkan 30 biji telur sehari, dengan setiap telur dijual pada harga RM0.60 sebiji.
Pesara Tentera Raih Pendapatan Empat Angka Ternak Ayam Penelur Di Rumah
ayam penelur, bekas tentera, Hamdan Ahmad Sapli, s