BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesara Polis Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Pesara Polis Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Seorang pesara polis ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini pada Ahad, selepas jiran terhidu bau yang mencurigakan dari kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan MERS999 kira-kira 6.30 petang, sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba kemudian dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan, sebelum menemukan lelaki berusia 64 tahun itu dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah.

“Pemeriksaan awal yang dijalankan pegawai penyiasat dan pihak Hospital Melaka mendapati lelaki terbabit telah meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal terhadap si mati juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata menurut jiran, mangsa yang tinggal bersendirian itu tidak kelihatan keluar dari rumah sejak empat hingga lima hari, sebelum bau busuk dihidu dari kediaman berkenaan.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Melaka mendapati punca kematian mangsa disebabkan masalah jantung.

Christoper berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengesan dan menghubungi waris mangsa.

 
Back
Top
Log in Register