BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertimbang dulu keputusan keluar kerajaan Melaka, Anwar beritahu DAP

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Pertimbang dulu keputusan keluar kerajaan Melaka, Anwar beritahu DAP​

58950e44-10-anwar-ibrahim-bersama-kakitangan-free-malaysia-today-muhaimin-30102024.jpg

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata, tindakan DAP keluar daripada kerajaan Melaka harus dirundingkan terlebih dahulu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga perdana menteri itu berkata, beliau turut telah membincangkannya bersama Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh.

Anwar berkata, walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui antara pihak terbabit, kerjasama demi kepentingan rakyat serta pembangunan ekonomi negeri perlu diteruskan.

“Saya tadi berbincang dengan Loke dan juga ketua menteri. Kalau boleh, runding dulu supaya tangguh sekejap, supaya kita boleh buat kerja dengan soal negeri.

“Saya ingin pilihan raya dulu sebaiknya. Walaupun ada dua tiga perkara tidak bersetuju, tidak mengapa,” katanya kepada pemberita selepas sebuah acara di Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, lapor Utusan Malaysia.

Terdahulu dilaporkan DAP Melaka mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta, selepas DUN meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan tujuh Adun bukan eksekutif dilantik.

Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong turut mengumumkan semua wakil parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri melepaskan jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.
 
Back
Top
Log in Register