Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pertemuan Dengan Vijay Masih Dalam Perancangan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Menteri Tamil Nadu C. Joseph Vijay masih dalam perancangan dan perkara itu boleh diadakan sama ada di Putrajaya atau Chennai, Tamil Nadu.
Dalam wawancara eksklusif dengan Thanthi TV, Anwar turut menolak spekulasi bahawa Chennai tidak memberikan maklum balas terhadap cadangan lawatan dari Malaysia itu.
Perdana Menteri yang kini berada di India, sepatutnya mengadakan lawatan kerja ke Chennai terlebih dahulu selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini, sebelum menuju ke Keralam, satu lagi negeri di Selatan India.
Bagaimanapun, lawatan ke Chennai dibatalkan pada saat-saat akhir.
“Tidak benar (bahawa Chennai tidak memberikan respons). Sejak awal, pejabat Ketua Menteri memaklumkan bahawa mereka cuba untuk menyelaras jadual beliau (Vijay) kerana beliau mempunyai komitmen terdahulu dan saya hanya mempunyai ruang masa yang singkat antara lawatan ke New Delhi, Keralam dan Maldives.
“Walaupun begitu, beliau cuba untuk menyesuaikan jadual, dan beliau mempunyai misi pelaburan dan program lain yang sudah dirancang. Maka, akhirnya saya memberitahu beliau bahawa saya akan terus ke Keralam dan Maldives, saya tidak dapat meneruskan lawatan ke Tamil Nadu,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Oleh itu, kata beliau, hakikatnya ialah kedua-dua pihak cuba untuk menyelaraskan jadual masing-masing berikutan komitmen sebelum itu dan hubungan baik antara dua pihak kekal kukuh.
Dalam wawancara yang menyentuh pelbagai isu itu, Perdana Menteri turut memberikan penilaian terbuka terhadap Vijay, memuji momentum awal dan daya tarikannya dalam kalangan pengundi muda, sambil menggesa pendekatan jangka panjang terhadap kuasa yang berlandaskan nilai, kesabaran dan kebijaksanaan praktikal diutamakan.