BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar, Vijay Tidak Bertemu Disebabkan Kekangan Jadual

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar, Vijay Tidak Bertemu Disebabkan Kekangan Jadual​

615e1a64601b8e11f7c304b346418e156aa5086d98a28

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan bercakap pada sidang media di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi hari ini.

Pertemuan yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Tamil Nadu C. Joseph Vijay tidak dapat diadakan disebabkan kekangan jadual kedua-dua pihak, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata jadual kedua-dua pemimpin tidak selari dalam tempoh berkenaan, menyebabkan pertemuan itu tidak dapat diatur.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan meneruskan lawatan kerja beliau ke Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala), sebuah negeri di Pantai Malabar, selatan India.

“Kemudian, Perdana Menteri akan ke Maldives (14 hingga 15 Sept), dan kembali ke Malaysia pada sambutan Hari Malaysia.

“Jadi, saya mahu menjelaskan perkara sebenar, punca pertemuan itu tidak dapat diadakan bukan disebabkan oleh mana-mana pihak. Ia kerana masalah jadual,” katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja Anwar pada Sidang Kemuncak PemimpinPemimpin BRICS ke-18 di sini.

Ramanan, yang juga sebahagian daripada delegasi Perdana Menteri di sini berkata susulan spekulasi mengenai pertemuan yang dicadangkan itu, perkembangan berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang lebih daripada isu penjadualan.

Beliau turut berharap perkara berkenaan dilihat dalam konteks yang sewajarnya, dan pertimbangan berkaitan jadual merupakan perihal biasa dalam urusan peringkat tinggi.

 
Back
Top
Log in Register