BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persidangan Prinsip Buddha-MADANI Dianjur Buat Julung-julung Kali Sempena Wesak 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d9f9359bf867b607c2a2262ebdc5d13c69e0f090197e9

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (dua, kiri) menyerahkan replika sumbangan kepada Penasihat Agama Pertubuhan Perundingan Buddhis Malaysia Datuk Dr. K Sri Dhammaratana (tiga, kanan) pada sidang media sempena Sambutan Hari Wesak Peringkat Kebangsaan 2026 di Rumah Ibadat Maha Vihara Brickfields hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Persidangan Kebangsaan Prinsip Buddha dan Amalan MADANI akan dianjurkan buat julung-julung kalinya pada 23 Mei ini sempena sambutan Hari Wesak Peringkat Kebangsaan 2026.

Bertemakan “Merentasi Kebijaksanaan dan Tamadun: Prinsip Buddha & Amalan MADANI”, persidangan itu bakal menghimpunkan pemimpin agama, cendekiawan dan wakil masyarakat sivil bagi membincangkan keserasian nilai ajaran Buddha dengan kerangka Malaysia MADANI.

Persidangan ini akan diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbol komitmen kerajaan terhadap dialog antara agama.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Aro Dagang berkata kerajaan akan terus menyokong dan mendukung pelbagai kegiatan keagamaan di negara ini.

“Majlis berkaitan keagamaan yang melibatkan pelbagai agama termasuk Buddha dan Kristian mencerminkan satu organisasi besar yang menghubungkan masyarakat pelbagai kepercayaan.

“Tujuannya adalah untuk rakyat sama-sama memahami, menerima dan mengamati. Selepas itu kita raikan,” katanya kepada pemberita selepas sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Sementara itu, Loke berkata nilai ihsan antara prinsip utama dalam ajaran Buddha yang selari dengan konsep Malaysia MADANI selain sentiasa berbuat baik kepada orang lain, bercakap perkara yang baik dan sebagainya.

“Jadi ini adalah satu nilai yang kita lihat sebagai nilai sejagat, ia melangkaui semua agama. Seperti yang ditegaskan dalam prinsip MADANI. Ia bukan unik atau eksklusif kepada mana-mana agama,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register