BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UniMAP Julung Kali Tuan Rumah Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES Universiti Awam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80

UniMAP Julung Kali Tuan Rumah Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES Universiti Awam​

55c218689ecd3d112af194c6b1344ab36aa49ae3c29a8

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zaliman Sauli

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) julung kalinya diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Istiadat Pentauliahan Diraja Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam yang berlangsung di universiti itu di sini hari ini.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zaliman Sauli berkata istiadat itu menghimpunkan hampir 2,000 pegawai kadet daripada 20 universiti awam untuk menerima tauliah masing-masing, dengan keseluruhannya hampir 4,000 orang termasuk pegawai dan anggota tentera berada di universiti berkenaan.

Beliau berkata penganjuran istiadat ke-44 itu bukan sekadar memberi penghormatan kepada UniMAP sebagai tuan rumah, malah menjadi sebahagian daripada detik bersejarah universiti berkenaan yang menyambut Jubli Perak penubuhannya tahun ini.

“Jadi, saya melihat penganjuran istiadat pentauliahan ini sebagai sebahagian daripada naratif Jubli Perak UniMAP. 25 tahun ialah perjalanan membina institusi manakala pentauliahan PALAPES ialah perjalanan membina manusia. Kedua-duanya mempunyai satu persamaan, iaitu tentang legasi dan masa depan negara,” katanya.

Zaliman berkata ia datang bersama amanah dan tanggungjawab cukup besar yang perlu direalisasikan dan diterjemahkan dengan baik, termasuk memastikan kesiapsiagaan lokasi, prasarana, logistik serta keselamatan, selain aspek protokol dan perjalanan istiadat berada pada tahap terbaik.

“Walaupun UniMAP sudah 25 tahun ditubuhkan, kami tiada padang kawad. Maka, pihak kami menaik taraf satu kawasan di dalam universiti ini untuk dijadikan Dataran Padang Kawad yang cukup luas. Padang kawad ini dapat disiapkan dalam tempoh empat bulan sahaja dan boleh mula digunakan untuk latihan pada 25 Ogos lepas,” katanya.

Beliau berkata istiadat itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dengan keberangkatan sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang turut menyerikan istiadat berkenaan.

Sementara itu, Zaliman berkata beliau berharap pegawai kadet PALAPES melihat peranan mereka dalam konteks lebih luas bagi menghadapi kepesatan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), ancaman siber, maklumat palsu dan gangguan terhadap sistem digital yang boleh menjejaskan ketahanan masyarakat.

Beliau berkata pegawai kadet itu perlu mempunyai kesedaran keselamatan dan kepentingan strategik negara, mempunyai literasi teknologi yang baik supaya mampu memahami persekitaran ancaman baharu serta mempunyai daya tahan dan keupayaan membuat keputusan ketika berhadapan situasi tidak menentu.

 
Back
Top
Log in Register