BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persiapan MAHA 2026 Dijangka Siap Sepenuhnya Pada 27 Ogos - Mohamad Sabu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Persiapan MAHA 2026 Dijangka Siap Sepenuhnya Pada 27 Ogos - Mohamad Sabu​

5a693ca182b3d04a5f39d6d3b45914a36a85a4a00cd0f

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kiri) melawat laman sayur dan herba pada Program Media Tour Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Persiapan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 dijangka siap sepenuhnya pada 27 Ogos, iaitu sehari sebelum dibuka kepada orang ramai, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata infrastruktur utama di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini telah siap, dengan kerja yang berbaki lebih kepada persiapan dan pemasangan barangan di ruang pameran.

"Pada 28 Ogos, kita akan lihat bagaimana tempat pameran begitu cantik dan hebat pada tahun ini," katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan MAHA bersama-sama media hari ini.

Mohamad berkata MAHA 2026, yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 Sept ini, mengetengahkan usaha pemodenan sektor pertanian menerusi teknologi serta inovasi selaras tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”, dengan perasmian dilakukan oleh beliau manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Sept.

Beliau berkata antara teknologi bakal dipamer ialah jentera pertanian moden dan kenderaan berautomasi selain penggunaan dron yang kini semakin meluas dalam aktiviti pertanian seperti tanaman padi, nanas serta tembikai.

Mohamad berkata MAHA kali ini turut menekankan kepentingan rantaian nilai dalam sektor agromakanan supaya petani dan penternak tidak hanya menghasilkan bahan mentah sebaliknya turut mengambil peluang dalam aktiviti hiliran yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

Beliau memberi contoh hasil seperti susu, nanas dan ubi kayu yang boleh diproses menjadi pelbagai produk sekali gus membuka ruang kepada pengusaha tempatan untuk terlibat dalam rantaian industri pertanian.

"Berpuluh jenis (produk) boleh dihasilkan tetapi apa yang hendak ditanam, itu dia kena tahu, kalau boleh mereka terlibat dalam proses hiliran," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata MAHA 2026 turut menampilkan Perkampungan Abang Mat yang mengetengahkan program rewang, warisan makanan dan masakan tradisional serta permainan tradisional sepanjang 10 hari penganjuran pameran tersebut.

 
Back
Top
Log in Register