BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persembahan Jelajah Pentarama Merdeka@HOHO Curi Perhatian Pengunjung Putrajaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
45d8a23e214dd3a912070d37c3ea5cd868b31a61c4c19

da8e67f18fc0b710a4d7e729bd05990e68b31a71167b5

Skuad Pentarama Merdeka@HOHO Putrajaya bergambar sebelum memulakan perjalanan di sekitar Masjid Putra.

Kehangatan sambutan Hari Kebangsaan 2025 mula terasa di pusat pentadbiran kerajaan apabila persembahan Jelajah Pentarama Merdeka@HOHO menggunakan bas KL Hop On Hop Off (HOHO), mencuri tumpuan pengunjung di dua hentian iaitu Hotel Dorsett dan Dataran Putrajaya di sini, malam ini.

Kesemua pengunjung berkenaan merupakan orang ramai yang hadir awal ke Putrajaya menjelang perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan esok, bersama ahli keluarga serta rakan taulan.

Jelajah itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Julina Johan.

Program anjuran JAPEN itu mengetengahkan konsep hiburan berinformasi dengan mesej patriotik melalui persembahan nyanyian, tarian, pentomin serta segmen interaktif yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung termasuk keluarga dan pelancong tempatan.

Orang ramai yang sudah mula membanjiri kawasan sekitar Putrajaya, bukan sahaja berhibur malah turut menyertai nyanyian bersama artis Pentarama sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan “Merdeka” beramai-ramai apabila lagu “Tanggal 31 Ogos” dinyanyikan.

Bas HOHO yang dihias khas dengan tema kemerdekaan, turut menjadi tarikan utama apabila pengunjung tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan bersama, menambahkan lagi suasana meriah menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Selain menghiburkan, Pentarama Merdeka@HOHO juga berperanan sebagai medium penyampaian mesej kenegaraan dengan pendekatan santai dan dekat dengan masyarakat, sekali gus mengajak mereka menghayati erti sebenar kemerdekaan.

Jelajah itu merupakan antara pengisian sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025, yang dilaksanakan di Putrajaya dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik, bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, akan bermula seawal 7 pagi esok melibatkan 14,062 peserta daripada 81 kontinjen, 508 aset darat dan udara, tujuh kereta berhias, 116 ekor haiwan dalam perkhidmatan awam dan 21 kumpulan pancaragam.

 
Back
Top
Log in Register