BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Unity Merdeka Sasar Kehadiran 1 Juta Pengunjung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

Unity Merdeka Sasar Kehadiran 1 Juta Pengunjung​

42ecfae99b225f52f28779e643f095806a44e78a44196

63553c4817826bd46d07aa16d48baaf76a44e7d18c52f

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus (kiri), merasmikan Majlis Prapelancaran Unity Merdeka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali (kanan). --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lebih satu juta pengunjung disasarkan bakal membanjiri Dataran Merdeka bagi menghadiri festival komuniti berskala besar, “Unity Merdeka”, yang dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula 17 hingga 20 Julai ini.

Bertemakan “Kepelbagaian Disatukan, Kesejahteraan Dikekalkan”, festival julung kali diadakan anjuran Polis Kuala Lumpur dengan kerjasama 16 kementerian itu, diadakan bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata festival itu, bakal menghimpunkan pelbagai elemen merangkumi kebajikan, perpaduan, seni budaya, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan serta hiburan dan terbuka untuk semua lapisan umur.

“Acara ini bertujuan merapatkan hubungan masyarakat melibatkan elemen perpaduan pelbagai etnik, kaum dan budaya melalui aktiviti interaktif, persembahan artis tempatan serta penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta,” katanya dalam ucapan prapelancaran majlis itu, di sini hari ini.

Fadil berkata antara tarikan utama sepanjang festival itu, termasuklah pameran dan reruai interaktif daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

“Turut mengambil bahagian ialah institusi pendidikan dan agensi perkhidmatan seperti institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Pos Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

Pada festival itu, pelbagai aktiviti menarik diatur antaranya Pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Komuniti Prihatin, sesi Meet & Greet karakter animasi, aktiviti kanak-kanak, pertandingan e-sukan, sukan pickleball, perlawanan Muay Thai, acara Fun Run 5 Kilometer serta Fun Bike Ride.

Bagi pengisian rohani, majlis ilmu “KL Berselawat” turut diadakan, selain tayangan skrin besar bagi membolehkan orang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung.

Dalam pada itu, Fadil turut menasihati semua pengguna jalan raya agar merancang perjalanan masing-masing, serta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar ibu kota sepanjang festival berlangsung.

 
Back
Top
Log in Register