BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PENTARAMA MERDEKA@HOHO Di Berjaya Times Square Suntik Jiwa Patriotisme Pengunjung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a0aba64d9d1e80e50c6f432750826f8768a9dd98c8ec0

77bbb8d8300f4a74cb8c457f6fc234c668a9dda93cc34

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan suasana pada program Pentarama Merdeka@HOHO sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) di Berjaya Times Square.

Sorakan ‘Merdeka’ bergema di ruang legar Berjaya Times Square malam ini apabila pusat beli-belah ikonik itu buat julung kalinya dipilih sebagai antara lokasi penganjuran program PENTARAMA MERDEKA@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).

Ketua Pengarah JAPEN Julina Johan berkata pemilihan Berjaya Times Square sebagai lokasi penganjuran memberi nilai tambah kerana pusat beli-belah itu bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah berkembang seiring dengan pembangunan Kuala Lumpur.

“Berjaya Times Square telah lama wujud dan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan malah pelancong dari luar negara.

“Justeru, sepanjang Bulan Kebangsaan ini, kita mengambil kesempatan menjadikan lokasi ikonik ini sebagai pentas terbuka bagi menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setiap lokasi yang disinggahi dalam jelajah itu menampilkan segmen persembahan berbeza yang menggabungkan elemen patriotik, budaya dan hiburan seiring dengan kepelbagaian masyarakat di negara ini.

“Kita harap persembahan bermula dari Berjaya Times Square malam ini dapat menyuntik semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat di samping menyampaikan mesej Hari Kebangsaan secara lebih jelas melalui pendekatan infotainment (maklumat hibur) yang dilaksanakan JAPEN,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Pemasaran dan Promosi Berjaya Times Square Kuala Lumpur Alex Liew berkata pihaknya berbesar hati kerana pusat beli-belah berkenaan dipilih sebagai lokasi penganjuran program tersebut.

“Kami amat berbangga dapat bersama-sama meraikan sambutan ini sempena Bulan Kebangsaan di Berjaya Times Square… inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia malah membuka ruang memperkenal budaya negara kepada pelancong... kami benar-benar teruja menjadi sebahagian daripada sambutan ini,” katanya.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, program itu tampil dengan konsep lebih segar dan berimpak tinggi dengan menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta kuiz interaktif bertemakan kenegaraan selain pengedaran Jalur Gemilang kepada orang ramai sebagai simbol penyatuan dan kebanggaan nasional.

 
Back
Top
Log in Register