izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,374
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,374
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
MEXICO CITY 31 Mac – Sebuah mahkamah Mexico menjatuhkan hukuman penjara hampir 1,000 tahun seorang ke atas lima lelaki yang merompak 18 pelanggan sebuah restoran, Oktober lalu sebelum menjadikan mereka sebagai tebusan.
Hukuman penjara selama 998 tahun setengah setiap seorang itu sangat simbolik kerana tempoh maksimum hukuman penjara di Mexico bagi jenayah jenis itu ialah 60 tahun dan akan dilaksanakan bersama hukuman lain secara serentak.
Semua lelaki terbabit juga perlu membayar denda lebih 1.4 juta pesos (RM343,612).
Sebelum ini, mahkamah di negara ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 759 tahun ke atas seorang wanita pada 2008 kerana membunuh 16 wanita tua di Mexico City. – AP