Ok jom poksu buat summary tentang Pelan Sewaan Bateri Perodua QV-E yang perlu anda tahu…

𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗦𝗲𝘄𝗮 𝗕𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶:
• 9 tahun / 108 bulan
• Bermula pada tarikh kenderaan dihantar
• Tamat selepas cukup tempoh, kemudian ada pilihan selepas sewaan (end-of-lease options)

𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 & 𝗖𝗮𝗷:
• Advance: RM825 (3 bulan) sebelum SST 8% – ditolak untuk bulan terakhir sewa / tunggakan / baki dipulangkan

• Sewa Bulanan: RM275 (sebelum SST 8%), perlu dibayar sebelum 5 hari bulan

• Caj Lewat Bayar: 1% setahun atas tunggakan, jika kontrak batal, caj tetap dikenakan sehingga pemulangan bateri

𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻:
• Bersama ansuran kereta, atau deduct terus melalui bank / bayar terus kepada Perodua melalui app

• Selepas full settlement, hanya bayar melalui app Perodua

𝗞𝗲𝘄𝗮𝗷𝗶𝗽𝗮𝗻 & 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯:
• Sewa Bulanan: Bayar tepat pada waktunya
• Penggunaan Bateri: Hanya untuk EV Perodua, ikut manual & jadual servis, guna alat cas sah

• Dilarang: Jual, sewa, pindah milik, ubah suai, guna bateri bagi tujuan komersial/ e-hailing, aktiviti haram

• Servis & Penyelenggaraan: Ikut jadual, kos servis biasa ditanggung anda; servis bateri di Pusat Servis Sah sahaja

• Kecelakaan / Kecurian: Laporkan segera; jika berlaku luar Malaysia, kos bawa balik ditanggung anda

• Takaful: Kenderaan kena ada polisi menyeluruh; bateri ditanggung Perodua

• Duti Setem: Tiada kos atau fi undang-undang untuk perjanjian sewa bateri

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 & 𝗝𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻:
• Jaminan Bateri: State Of Health (SOH) ≥ 70% sepanjang tempoh sewa
• Jika <70%, Perodua ganti percuma (syarat tiada tunggakan & patuh terma & syarat)
• Servis & Penyelenggaraan Percuma, kecuali salah guna atau ada minta servis tambahan

• Takaful: Dilindungi Perodua

𝗟𝗲𝘄𝗮𝘁 / 𝗧𝗲𝗿𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘄𝗮:
• Peringatan akan dihantar

• Battery Performance Guarantee akan digantung
• Selepas 2 bulan, fungsi kereta/bateri mungkin disekat

• Selepas 3 bulan, kontrak sewa ditamatkan

𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗣𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯:
• Bateri/kenderaan tidak dijaga atau insiden tidak dilapor → prestasi bateri boleh dibatalkan
• Perodua boleh sekat fungsi kereta/bateri
• Perodua boleh tuntut kos bateri
• Kontrak sewa mungkin ditamatkan

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗮𝗹 / 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗲𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗼𝗱𝘂𝗮 𝗤𝗩-𝗘:
• Bateri kekal dalam kereta, tidak boleh dijual/pindah milik berasingan
• Jual Kereta: Hanya kepada Perodua Pre-Owned Vehicles (POV) kecuali Perodua setuju secara bertulis
• Kereta dirampas bank → Perodua berhak mengeluarkan bateri
• Warisan → boleh lantik waris / wakil untuk teruskan sewa jika pemilik meninggal

𝗣𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 & 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶:
• Total loss / kecurian / 3 bulan tertunggak / kereta dirampas bank / langgar tanggungjawab kontrak / bankrap / prosiding undang-undang / 4 bulan tertunggak oleh waris juga dikira sebagai pembayaran tertunggak
• Selepas tamat, bateri kekal dalam kereta sehingga Perodua ambil balik
• Battery Performance Guarantee tamat segera

• Pemilik kena urus pemulangan bateri dalam 14 hari
• Tunggakan dikira hingga tarikh tamat atau tarikh pemulangan
• Kos pemulangan bateri ditanggung jika diambil berasingan

𝗔𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝘀𝗲𝘄𝗮:
• New Lease Option: Bateri diganti dengan SOH lebih tinggi, kontrak baru diperlukan
• Extended Use Option: SOH >70%, bateri boleh terus digunakan tanpa sewa bulanan sehingga SOH turun di bawah 70%