BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konsep Toyota Corolla EV Di Perlihatkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Dalam dunia automotif, Toyota Corolla ia model kereta yang sangat ikonik dengan ia mencapai tahap legenda. Sejak dilancarkan pada tahun 1966, ia sudah terjual lebih 50 juta unit menjadikannya model kereta paling laku dalam sejarah dunia. Bagi peminat manga dan anime, Corolla AE86 tidak perlu dinyatakan kerana ia sangat sinonim dengan kedai tauhu. Kini Corolla bersedia untuk memasuki era kereta elektrik pula selepas Toyota Corolla EV Concept diperlihatkan di Japan Mobility Show.
1762263473432.png

1762263487449.png

Toyota Corolla EV Concept mengekalkan rekaan kompak empat pintu dengan rekaan yang lebih selari dengan selesa moden. Dari hadapan ia mirip BYD Seal dengan lampu yang nipis dan RDL melintang mendominasi bahagian bumper. Kerana ia masih sekadar konsep, tiada maklumat mengenai jumlah motor, output motor, kapasiti bateri ataupun jarak perjalanan. Toyota juga enggan mengatakan sama konsep ini akan dikembangkan untuk menjadi kenderaan keluaran penuh dalam masa terdekat.​
 
Back
Top
Log in Register