BTC USD 81,588.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua perkenal kereta konsep EV C2

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,694
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,694
Reaction score
1,682
Points
201


Perodua perkenal kereta konsep EV C2

Kuala Lumpur: Selepas melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, QV-E, Perodua meneruskan perjalanan mobiliti elektriknya dengan memperkenalkan kereta konsep baharu dikenali sebagai Chapter 2 (C2).


"C2 adalah sebahagian daripada jalan cerita EV kami dan ia mengembangkan naratif buatan Malaysia untuk dunia, seiring usaha kami untuk menambah baik pengalaman mobiliti pelanggan," katanya pada majlis pelancaran kereta konsep berkenaan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 hari ini.

Kereta konsep segmen B itu dilengkapi pelbagai ciri bantuan pemanduan berasakan kecerdasan buatan (AI).

Teknologi yang diperkenalkan termasuklah sistem navigasi masa nyata, pencarian lokasi stesen pengecasan, kemas kini trafik secara langsung, fungsi bantuan parkir serta sistem keselamatan anticuri yang dipertingkat.

Katanya, Perodua juga mengintegrasikan aplikasi P-circle ke dalam kereta konsep berkenaan bagi mewujudkan pengalaman mobiliti yang lebih menyeluruh.

"Kami menggabungkan superapp P-Circle ke dalam kereta konsep ini supaya pelanggan dapat menikmati akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan yang kami tawarkan termasuklah e-dompet dan penghantaran alat ganti tulen.

"C2 akan menjadi asas kepada EV kami di masa hadapan dan kami teruja untuk berinteraksi dengan pelawat-pelawat di reruai Perodua bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan mereka bagi memastikan produk-produk kami memenuhi jangkaan pelanggan.

"C2 turut menandakan fasa baharu dengan reka bentuk Perodua yang berbeza daripada konsep EM-O yang diperkenalkan sebelum ini," katanya.

Syazah Wardina Roslan
Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register