BTC USD 76,519.1 Gold USD 4,357.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

India Perkenal EV SUV Edisi Batman, Terhad 300 Unit

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Gergasi automotif India, Mahindra bekerjasama dengan Warner Bros. Discovery Global Consumer Products (WBDGCP) untuk melancarkan SUV elektrik edisi terhad yang diinspirasikan daripada trilogi filem The Dark Knight arahan Christopher Nolan. Menerusi model Mahindra BE 6 Batman Edition, EV SUV ini menggabungkan sinematik dengan kemewahan serba moden yang direka dengan perincian unik, menjadikannya sebahagian daripada sejarah Batman. Menurut Pratap Bose, Ketua Rekaan Mahindra, edisi khas ini dicipta untuk menyerlahkan keberanian, inovasi, dan personaliti Batman, ikon budaya pop yang kekal relevan merentas generasi.
1756453377074.png

Wakil Warner Bros pula menegaskan kolaborasi ini melambangkan inovasi, ketahanan, dan keghairahan tanpa batas. BE 6 Batman Edition ini ditawarkan pada harga ₹27.79 lakh (~RM155,600) dengan tempahannya akan dibuka pada 23 Ogos 2025 ini, terhad 300 unit sahaja. Para pelanggan dijadual akan menerima SUV ini bermula 20 September 2025. Untuk BE 6 Batman Edition, ia dilengkapi bateri 79 kWh yang boleh dicas sepantas 20 minit (20% ke 80%) dengan menggunakan pengecas DC. Dengan bateri dicas penuh, ia memberikan julat sehingga 683 km.

Sumber asal Mahindra
 
Back
Top
Log in Register