BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Volkswagen Mengembalikan Semula Butang Fizikal Dalam EV Mereka

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Trend semasa ialah menggantikan pelbagai butang dalam kereta elektrik (EV) dengan skrin sesentuh gergasi. Ini adalah kerana ia dilihat sebagai ciri futuristik yang membezakannya dengan kereta ICE sedia ada. Tetapi eksperimen ini gagal kerana ramai pengguna merungut menggunakan skrin sesentuh bagi mengubah sistem penyaman udara ketika memandu adalah tidak intuitif. Kajian pula mendapati ia sama bahaya seperti memandu ketika mabuk. Volkswagen hujung minggu lalu memperlihatkan rekaan kokpit baharu untuk EV keluaran mereka dengan semua butang fizikal dikembalikan. Menurut VW, keputusan mengembalikan butang diambil selepas mengambil kira pendapat pelanggan mereka.
1768387177223.png

Butang fizikal dipadankan dengan perisian baharu serta sistem ADAS Travel Assist generasi ketiga. Skrin LCD masih digunakan dengan satu untuk paparan maklumat pemanduan sebesar 10.25 inci di belakang stereng dan skrin sekunder 13 inci untuk konsol tengah sistem infohibur. Semua sistem kenderaan kini menggunakan butang fizikal termasuk mengubah laluan udara penyaman udara, lampu kecemasan, sistem pemanas, tangkai menukar gear, tangkai isyarat kenderaan dan banyak lagi. Kenderaan pertama yang akan menggunakan kokpit baharu ini ialah Volkswagen ID. Polo 02 yang akan dilancarkan kelak.​
 
ape ke gila pakai touch screen...pening nak meraba2 & nak alih pandang mata..

pakai butang je mudah..
 
Back
Top
Log in Register