Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,554
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,554
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Dengan pertumbuhan pesat kereta elektrik di Malaysia, salah satu persoalan utama adalah apa yang akan jadi kepada bateri kereta elektrik pada masa akan datang? Menyedari hakikat ini, BMW Malaysia bekerjasama dengan Universiti Malaya dalam kajian serta penggunaan semula bateri kereta elektrik dalam memastikan kelestarian tenaga dan meneroka faedah penggunaan bateri kereta elektrik selepas ia tidak digunakan bagi tunuan mobiliti.
Kerjasama antara BMW Malaysia dan Universiti Malaya turut melibatkan cabang UMPEDAC (UM Power Energy Dedicated Advanced Center) yang akan melakukan kajian penggunaan bateri kereta elektrik untuk pelbagai tujuan antaranya seperti kawasan rumah luar bandar dan juga untuk penggunaan kampus. Bateri ini akan menyimpan tenaga solar, kemudiannya disalurkan semula kepada pengguna. Malah mereka juga telah memasang beberapa panel solar dan bateri di beberapa rumah panjang dengan kerjasama UM Community Engagement Centre (UMCares) dan juga UM Sustainable Development Centre (UMSDC).
Selain dari kerjasama bersama Universiti Malaya, terdahulu BMW juga telah memulakan kerjasama dengan Selangor Technical Developmemt Center bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang bergiat dalam dunia EV. Dengan kerjasama baharu antara BMW dan Universiti Malaya ini, semestinya ia dapat menjamin kitaran penggunaan bateri kereta elektrik untuk kekal digunakan walaupun selepas ia tidak digunakan untum kereta.