BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua EMO EV (QV-E) Versi Produksi Di Lihat Sudah Mula Di Uji

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Perodua EMO EV Versi Produksi Di Lihat Sudah Mula Di Uji - Di Jangka Di Lancar Disember Ini, Bermula RM80k

Projek penghasilan model EV pertama Perodua bukan lagi perkara baharu. Pembuat kereta dari Rawang itu telahpun mula menunjukkan model konsep dalam skala 1:6 digelar sebagai EM-O (singkatan bagi Electric Motion Online), yang dibayangkan sebagai model EV pertamanya pada bulan Mei 2023. Unit prototaip saiz sebenar digelar sebagai eMO-1 dan boleh dipandu kemudiannya muncul setahun selepas itu, namun unit tersebut masih menggunakan Perodua Myvi sebagai asas, bagi menunjukkan asas unit rangkaian kuasa yang bakal digunakan. Manakala pada Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 Disember lalu, Perodua mendedahkan pula model konsep yang digelar sebagai eMO-II, membayangkan rupa model EV produksi sebenar kelak.​

1746442771536.png

Dan pada hujung minggu ini, internet digegarkan bahawa Perodua sudah mula menguji prototaip ujian bagi model produksi sebenar model EV berkenaan menerusi pelbagai gambar yang telah tular. Imej yang kami perolehi ini adalah milik Meng Lee Chen yang dikongsi dalam paultan.org Automotive/Car Discussion Facebook Group, yang agak lengkap dari hadapan, belakang dan juga sisi prototaip ujian berkenaan. Tapi apa yang membuatkan kereta yang dibalut sepenuhnya dengan pelekat penyamaran berkenaan adalah milik Perodua? Mudah, trade plate ‘B3598A’ yang digunakan adalah milik Perodua dan ia telah digunakan pada beberapa prototaip ujian lain sebelum ini.​

1746442784589.png

Ini bermakna projek pembangunan EV Perodua tersebut telah mendahului jadual yang ditetapkan kerana pada Februari lalu CEO kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson telah mendedahkan bahawa model EV pertama keluaran Perodua akan masuk ke fasa ujian pada Jun nanti. Dalam laporan yang sama, Datuk Jeffri turut mengesahkan pelancarannya akan dibuat pada bulan Disember tahun ini. Walaupun dibalut hampir sepenuhnya dengan pelekat penyamaran, dapat dilihat model produksi ini kelak akan menampilkan rupa yang diinspirasikan sepenuhnya dari model konsep eMO-11. Ia termasuk rekaan bayangan sisi dengan rekaan tiang-C yang landai, rekaan cermin-cermin tingkap dan cermin hadapan.

Ia juga nampaknya bakal mengekalkan jalur lampu LED yang nipis merentasi sepenuhnya muka hadapan. Pembuka pintu belakang turut disorokkan bagi memberikan rupa seakan coupe dua-pintu, manakala pembuka hadapan direka tenggelam dalam panel badan. Sekiranya dibandingkan dengan kenderaan sekitar dalam set foto ini seperti Honda City dan Mitsubishi Triton, saiz sebenar EV pertama Perodua ini nampak memang besar seperti model konsep yang didedahkan sebelum ini. Dan berdasarkan panel pelindung badan pada ruang roda, EV ini mungkin akan diposisikan sebagai sebuah SUV dan bukan hatchback. Ini merupakan model pertama Perodua yang dibina tanpa pembabitan sekutu globalnya iaitu Daihatsu serta syarikat induknya, Toyota. Ini kerana kedua-dua jenama berkenaan masih belum ada teknologi EV yang dibina untuk kenderaan kompak, di mana jenama-jenama Jepun itu lebih menumpukan unit rangkaian kuasa hibrid untuk model dengan saiz sedemikian.​

1746442800391.png

Antara perincian awal yang telah disebut oleh Perodua untuk EV ini termasuk pecutan 0-100 km/j boleh dicapai sekitar enam atau tujuh saat, dan bakal menampilkan jarak gerak sejauh 400 hingga 410 km menggunakan bateri litium logam fosfat (LFP) yang dibekalkan oleh pembuat bateri dari China, CATL. Menurut Perodua lagi, buat permulaan bateri dan motor elektrik akan dibekalkan dari luar negara, tetapi mereka mempunyai rancangan untuk memasangnya sendiri di Malaysia selepas itu. Harga anggaran bagi EV pertama ini juga telah diumumkan oleh Perodua iaitu sekitar RM80,000, tetapi ia tidak termasuk bateri kerana komponen itu dirancang akan ditawarkan menerusi program sewaan atau pajakan. Sekiranya anda ada rancangan untuk beralih kepada EV dengan penawaran harga bawah RM100,000, berita baik pilihan berkenaan bukan hanya akan ditawarkan oleh Perodua. Ini kerana Proton turut telah mengumumkan akan menawarkan satu lagi model EV kompak yang lebih kecil dari eMas 7.

Model tersebut dijangka akan dikenali sebagai Proton eMas 5 dan diasaskan dari Geely Xingyuan/Star Wish, dengan spesifikasi pasaran China menawarkan jarak gerak 410 km dalam kitaran ujian CLTC.​

Sumber asal Paultan.ORG
 
Perodua Merancang Pasarkan EV Pertama Dengan Harga Bawah RM80,000 & Sasaran 500 Unit Sebulan

Perodua
bercadang untuk melancarkan model EV pertamanya hujung tahun ini dengan sasaran jualan 500 unit sebulan. Model ini dijangka berharga bawah RM80,000 yang dilihat berbeza daripada cadangan asal. Ia juga akan menggunakan konsep sewaan bateri bagi memberi pengguna kebebasan untuk menukar bateri mengikut keperluan. Selain itu, jarak capaian dijangka mencapai sehingga 400km bagi setiap pengecasan penuh. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, menyatakan bahawa ini adalah kali pertama Perodua mengeluarkan model EV dan mereka menjangkakan permintaan akan melebihi sasaran awal. Model ini turut diperlihatkan dalam bentuk ‘half-cut’ di Malaysian Autoshow 2025 (MAS 2025) bagi menunjukkan keupayaan reka bentuk dan pengeluaran dalaman Perodua.

Sumber asal https://www.bernama.com/radio/news.php?id=2420890
 

Peluncuran EV pertama Perodua diangkat sebagai agenda nasional - PM Anwar​


71762841294_tbAnwarIbrahimses.jpg

Anwar berucap ketika Sesi Lawatan Ramah Mesra bersama Warga Kerja Perodua di Perodua Sungai Choh, di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar



RAWANG: Peluncuran kereta elektrik (EV) pertama keluaran Perodua akan dijadikan sebagai satu agenda nasional penting, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus, tanggungjawab sosial dan perlindungan alam sekitar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh peluncuran rasmi akan ditetapkan dalam masa satu hingga dua hari lagi, dengan cadangan diadakan pada penghujung bulan ini.

“Saya akan beri arahan kepada Jemaah Menteri bahawa peluncuran Perodua EV baharu kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.

"Ia bukan sekadar peluncuran produk, tetapi menggabungkan soal governance, social responsibility dan environmental protection (tadbir urus, tanggungjawab sosial dan perlindungan alam sekitar)," katanya.

Anwar berkata demikian ketika Sesi Lawatan Ramah Mesra bersama Warga Kerja Perodua di Perodua Sungai Choh, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, langkah itu memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara, selain memenuhi konsep Malaysia MADANI yang menjadi teras pentadbiran beliau.

“Saya sangat terkesan kerana peluncuran ini membawa faedah kepada rakyat dan negara, dan pada masa sama ia memenuhi konsep MADANI.

“Dalam masa singkat, mungkin dua minggu lebih, saya akan hadir semula untuk menjadikan peluncuran Perodua kali ini sebagai program nasional penting. Saya beri jaminan untuk sekarang,” katanya lagi.

Sementara itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek EV nasional tersebut, yang disifatkan sebagai langkah ke hadapan dalam transformasi industri automotif negara.

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan bahawa beliau akan bertindak sebagai ‘pegawai pemasaran’ Perodua dalam lawatan rasmi beliau ke Afrika Selatan, Kenya dan Habsyah (Ethiopia), sebagai usaha memperkenalkan produk automotif nasional ke pasaran antarabangsa.

Beliau menegaskan peranan itu akan dijalankan secara pro bono tanpa sebarang bayaran.

“Saya dah bagi jaminan saya akan jadi pegawai pemasaran yang utama Perodua dalam lawatan ke Afrika Selatan, Kenya dan Ethiopia, pro bono tak ada bayaran,” akhirinya.

 

Perodua lancar QV-E, EV pertama buatan Malaysia, RM80,000 seunit​


prod_1764559250.jpg


KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan QV-E, kereta elektrik pertama buatan Malaysia, yang ditawarkan pada harga runcit RM80,000 tidak termasuk insurans dan bateri.

Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin; serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Model QV-E dibangunkan sebagai sebahagian usaha nasional memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik yang mampan.

Ia membawa maksud 'Quest for Visionary-Electric' dan dibangunkan dengan kos keseluruhan RM800 juta di Smart Mobility Plant, fasiliti pengilangan terbaharu Perodua.

Zainal Abidin berkata, kapasiti pengeluaran semasa ialah 500 unit sebulan, namun angka itu akan ditingkatkan kepada 3,000 unit menjelang suku ketiga 2026 bagi memenuhi permintaan pasaran. Beliau berkata, setiap ciri QV-E dibangunkan selepas kajian terperinci bagi memastikan aspek fungsi, keselamatan dan keselesaan pengguna dipertingkatkan. Beliau menegaskan QV-E adalah bukti kemampuan rakyat Malaysia menghasilkan produk automotif lengkap daripada aspek reka bentuk hingga kejuruteraan.

QV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate berkapasiti 52.5kW dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 445 kilometer (NEDC), bergantung kepada gaya pemanduan, suhu dan keadaan jalan. Model itu turut dilengkapi ciri keselamatan baharu termasuk Sistem Pengesanan dan Amaran Kanak-kanak yang mampu mengesan pergerakan atau tanda vital seperti bunyi nafas, walaupun objek dilitupi fabrik.

Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Perodua dilantik sebagai juara pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV negara. Seiring mandat itu, Perodua bekerjasama dengan vendor tempatan bagi mencapai 50 peratus kandungan komponen tempatan pada awal 2026 dan meningkat kepada 70 peratus menjelang 2030. Setakat ini, sebanyak 52 syarikat tempatan membekalkan komponen kepada QV-E dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 70 dalam tempoh lima tahun.

Zainal Abidin berkata, pembangunan QV-E dalam tempoh 28 bulan adalah hasil sokongan MITI serta agensi kerajaan lain.

Perodua mensasarkan pembeli daripada golongan pertengahan, termasuk mereka yang memerlukan kereta kedua atau kenderaan harian yang lebih efisien.

Untuk meningkatkan keterjangkauan, Perodua turut memperkenalkan konsep pajakan bateri 'Battery as a Service' yang menawarkan jaminan bateri sepanjang hayat. QV-E ditawarkan dalam dua warna iaitu Ice Blue dan Caviar Grey, dan boleh didapati di cawangan terpilih.

 
Menarik
Sewa bateri
Tapi sealion7 tetap power
 
Petrol tak jalan = 0 cost /monthly
Battery jalan x jalan = Rm275/monthly

Hmmm
 
Back
Top
Log in Register