BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perniagaan Accounting Firm

dengar nasihat bro radzi ni. akauntan yang aktif kat CG ni.:)cgrock
 
alhamdulillah...

terima kaseh tak terhingga buat putra1234, radzi dan semua yang byk menyumbangkan pengalaman..

ALLAH merahmati kamu semua, insya ALLAH...
 
saje bump :)
terima kasih sbb up thread ni, tak prasan kewujudan dia..

Ade sape2 tahu macamana progress mesyuarat extended AGM MIA ni?

Sabtu, 15 Oktober 2011
Lokasi: Ballroom 3, Level 1, Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur
Waktu: 9.30 pg

Secara ringkas...mesyuarat ini bagi membincangkan usul antaranya Usul No 1. Mengenai Cadangan Pindaan Seksyen 15, Akta Akauntan 1967 terhadap syarat penerimaan sebagai ahli dengan memiliki kelayakan profesional sebelum diterima sebagai 'Chartered Accountant'.

Langkah ini secara langsungnya akan merendahkan kredibiliti Ijazah Pertama Perakaunan di Universiti Tempatan dan bakal menyebabkan ramai pemegang Ijazah Pertama sukar mendapatkan pekerjaan disamping terpaksa mengambil peperiksaan Profesional dengan tambahan masa dan kos.

Aku rase ini adalah satu kerugian dan mencabul hak adik-adik, pelajar dan anak-anak kite bergelar Akauntan.

Kat sini maklumat usul tu.. http://www.mia.org.my/misc/agm/2011/downloads/Notis_Mesyuarat_Tertangguh_dengan_Usul2.pdf
 
yup .... tak sempat nak pergi semalam .... ada hal lain pulak yg penting.

Resolusi ini memang "ada udang sebalik batu" ... dengan penerimaa resolusi ini maka :

"SETIAP PEMEGANG IZAJAH PERAKAUNAN MALAYSIAN PERLU KENA AMBIK KURSUS LAIN SEPERTI ACCA, CIMA , CAP DSB ... BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA BERGELAR AKAUNTAN"

... maka hampir berkubur ler ... Pemegang Ijazah Perakauan (Kebanyakkannya adalah Orang Melayu) untuk mereka menjadi Akauntan.

Pekara ini juga adalah selaras dengan E.T.P negara. cuma kemungkinan besar pihak Kerajaan mahupun pihak PEMANDU ... tidak menyedari akan kesan dan implikasi ini.

Maklum balas yg diperolehi ... hampir setiap oragnisasi terutama pihak Universiti Tempatan, Pihak Akauntan Melayu, Para Akademik, dan Badan2 yg Berkanun .. tidak bersetuju langsung.

Ini adalah salah satu Propaganda yg amat sensitif dimainkan.
 
cha ya nun alif yang buat usul tu, adakah ini secara terang-terangan untuk hapuskan org melayu menjadi akauntan? tak guna lah universiti tempatan keluarkan ijazah perakaunan mereka...nauzubillah.

bro...klu boleh tlg update ye, apa terjadi kat mesyuarat tu. rase malas lak nak byr mia tahun ni..
 
haaaa???

diorg igt gaji fresh grads 4k ke?
baek amek teros LCCI atau CAT masa form 4 @ umor 16 tahon!

Complicated sangat ke accounting sampai jadik mcm ni??
 
dulukan jurang akauntan melayu dgn bangsa lain (baca cha ya nun alif)adalah tinggi. akauntan melayu ciput je. selepas mcm2 universiti tempatan yang keluarkan ijazah perakaunan, jumlah akauntan melayu hampir seimbang..

pasal tu lah diorang jeles sesangat sangat..
 
dulukan jurang akauntan melayu dgn bangsa lain (baca cha ya nun alif)adalah tinggi. akauntan melayu ciput je. selepas mcm2 universiti tempatan yang keluarkan ijazah perakaunan, jumlah akauntan melayu hampir seimbang..

pasal tu lah diorang jeles sesangat sangat..

kalau usul ni diterima,maka akan terjadila seperti dulu.emmm
 
Ketika ini terdapat lebih kurang 11,000 orang Melayu yang menjadi Akauntan Berdaftar di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 28,000 ahli Akauntan Berdaftar dengan MIA.

Pertambahan ini seperti dinyata oleh Tuan Tukunkayu hasil dari pertambahan bilangan penuntut Ijazah Perakaunan tempatan ... dan salah satu usaha bagi menyeimbangkan golongan profesion ini.

Di negara kita, bagi membolehkan sesorang menjadi Akauntan ... ianya perlu mendaftar dengan pihak Malaysian Institute of Accountant (MIA) ... bagi membolehkan mereka dikenali sebagai Akauntan ... dan perkataan Akauntan itu terpelihara ... maksudnya ianya terkawal secara undang2.

Seperti yg dimaklumkan kepada saya oleh beberapa "orang lama" ... sebagai contoh di luar negara ... kelayakkan profesional seperti ACCA, CPA, CIMA dsb ... belum boleh menjadi Akauntan di sesebuah negara. Malah mereka ditetapkan untuk menduduki beberapa ujian terutamanya Undang2 Syarikat dan Percukaian di negara tersebut. Peraturan ini dibuat adalah bertujuan menjaga akan pendidikan dan rakyat tempatan. Malah untuk membuka Firma Audit dan Perakuanan perlu bekerjasama dengan rakyat tempatan. Mereka tidak sewenang2nya membiarkan golongan profesional tempatan di anak tirikan. Contoh terbaik adalah Indonesia dan India.

Di Malaysia, undang2 dan peraturan ini agak mudah. Iaitu membenarkan pemegang ACCA, CPA, CIMA, Ijazah Tempatan dsb menjadi ahli MIA dan seterusnya mendapat gelaran AKAUNTAN. Cuma pemegang Ijazah Luar Negara (sesetengah universiti) perlu menduduki beberapa ujian bagi melayakkan mereka mendaftar dengan MIA.

Secara kesimpulan, dengan kelonggaran di negara kita, kenapa terdapat sesetengah pihak cuba menangguk air keroh ... iaitu dengan dengan mengutamakan kelayakkan seperti ACCA, CPA , CIMA dsb ... yg mereka rasa ianya lebih baik dan utama dari Ijazah Perakaunan tempatan?

Bukan untuk mempertikaikan mana yg baik ... namum terdapat negara maju seperti UK ... membuat dan melonggarkan peraturan menjadi ahli dinegara tersebut. Ini adalah bertujuan bagi memperkasakan golongan Akauntan yg datang dari pelbagai kelulusan dan negara. Sepatutnya ini yg kita lakukan dinegara ini ... dan bukannya membuat resolusi menyekatkan dan memilih jalan kebelakang.

Usaha2 ini dijalankan secara halus dan teratur oleh pihak2 tertentu. Namun ianya telah dapat dihidu dan kemungkinan ianya akan melibatkan pihak2 yg berkuasa dan ahli politik. Ini adalah semata menjaga akan kepentingan Melayu didalam profesion ini.

Mengapa cuba menangguk air yg keroh ? :-?:-?


kalau usul ni diterima,maka akan terjadila seperti dulu.emmm
 
Back
Top
Log in Register