BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perniagaan Accounting Firm

Hasil dari Mesyuarat Tertangguh pada 15 Oktober 2011, mesyuarat memutuskan untuk menolak usul tersebut setelah hampir1 jam berdiskusi antara pihak yang menyokong dan penentang dengan bilangan menyokong 30 berbanding menentang 150.

Alhamdulillah, hak adik-adik dan anak-anak kita masih mendapat pembelaan dari rakan ahli persatuan. Terima kasih kepada mereka yang hadir.
 
Alhamdullilah ... usaha yg murni dapat dipertahankan. :):)

Tuan Tukunkayu ... jangan lupa bayar MIA member fee ... nanti berkurang seorang Akauntan Melayu di negara kita ini. :)
 
terima kasih sbb up thread ni, tak prasan kewujudan dia..

Ade sape2 tahu macamana progress mesyuarat extended AGM MIA ni?

Sabtu, 15 Oktober 2011
Lokasi: Ballroom 3, Level 1, Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur
Waktu: 9.30 pg

Secara ringkas...mesyuarat ini bagi membincangkan usul antaranya Usul No 1. Mengenai Cadangan Pindaan Seksyen 15, Akta Akauntan 1967 terhadap syarat penerimaan sebagai ahli dengan memiliki kelayakan profesional sebelum diterima sebagai 'Chartered Accountant'.

Langkah ini secara langsungnya akan merendahkan kredibiliti Ijazah Pertama Perakaunan di Universiti Tempatan dan bakal menyebabkan ramai pemegang Ijazah Pertama sukar mendapatkan pekerjaan disamping terpaksa mengambil peperiksaan Profesional dengan tambahan masa dan kos.

Aku rase ini adalah satu kerugian dan mencabul hak adik-adik, pelajar dan anak-anak kite bergelar Akauntan.

Kat sini maklumat usul tu.. http://www.mia.org.my/misc/agm/2011/downloads/Notis_Mesyuarat_Tertangguh_dengan_Usul2.pdf

aku ada disana...alhamdulillah usul ditolak...tp in future siapa tahu kan..

im going to complete my ACCA soon...:)cgrock
 
Alhamdullilah ... usaha yg murni dapat dipertahankan. :):)

Tuan Tukunkayu ... jangan lupa bayar MIA member fee ... nanti berkurang seorang Akauntan Melayu di negara kita ini. :)

Baru bayar tadi. Nnt claim rm250 dgn opis....

aku ada disana...alhamdulillah usul ditolak...tp in future siapa tahu kan..

im going to complete my ACCA soon...:)cgrock

Alhamdulillah....
Mane mudah bro, ambik master accounting atau ACCA?
 
Baru bayar tadi. Nnt claim rm250 dgn opis....



Alhamdulillah....
Mane mudah bro, ambik master accounting atau ACCA?

mana mudah ek..tak sure ler...tp rsnya master lg senang...ramai member2 aku selamba jer lepas...aku jer sangkut2 :eek::eek:
 
Ketika ini terdapat lebih kurang 11,000 orang Melayu yang menjadi Akauntan Berdaftar di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 28,000 ahli Akauntan Berdaftar dengan MIA.

Pertambahan ini seperti dinyata oleh Tuan Tukunkayu hasil dari pertambahan bilangan penuntut Ijazah Perakaunan tempatan ... dan salah satu usaha bagi menyeimbangkan golongan profesion ini.

Di negara kita, bagi membolehkan sesorang menjadi Akauntan ... ianya perlu mendaftar dengan pihak Malaysian Institute of Accountant (MIA) ... bagi membolehkan mereka dikenali sebagai Akauntan ... dan perkataan Akauntan itu terpelihara ... maksudnya ianya terkawal secara undang2.

Seperti yg dimaklumkan kepada saya oleh beberapa "orang lama" ... sebagai contoh di luar negara ... kelayakkan profesional seperti ACCA, CPA, CIMA dsb ... belum boleh menjadi Akauntan di sesebuah negara. Malah mereka ditetapkan untuk menduduki beberapa ujian terutamanya Undang2 Syarikat dan Percukaian di negara tersebut. Peraturan ini dibuat adalah bertujuan menjaga akan pendidikan dan rakyat tempatan. Malah untuk membuka Firma Audit dan Perakuanan perlu bekerjasama dengan rakyat tempatan. Mereka tidak sewenang2nya membiarkan golongan profesional tempatan di anak tirikan. Contoh terbaik adalah Indonesia dan India.

Di Malaysia, undang2 dan peraturan ini agak mudah. Iaitu membenarkan pemegang ACCA, CPA, CIMA, Ijazah Tempatan dsb menjadi ahli MIA dan seterusnya mendapat gelaran AKAUNTAN. Cuma pemegang Ijazah Luar Negara (sesetengah universiti) perlu menduduki beberapa ujian bagi melayakkan mereka mendaftar dengan MIA.

Secara kesimpulan, dengan kelonggaran di negara kita, kenapa terdapat sesetengah pihak cuba menangguk air keroh ... iaitu dengan dengan mengutamakan kelayakkan seperti ACCA, CPA , CIMA dsb ... yg mereka rasa ianya lebih baik dan utama dari Ijazah Perakaunan tempatan?

Bukan untuk mempertikaikan mana yg baik ... namum terdapat negara maju seperti UK ... membuat dan melonggarkan peraturan menjadi ahli dinegara tersebut. Ini adalah bertujuan bagi memperkasakan golongan Akauntan yg datang dari pelbagai kelulusan dan negara. Sepatutnya ini yg kita lakukan dinegara ini ... dan bukannya membuat resolusi menyekatkan dan memilih jalan kebelakang.

Usaha2 ini dijalankan secara halus dan teratur oleh pihak2 tertentu. Namun ianya telah dapat dihidu dan kemungkinan ianya akan melibatkan pihak2 yg berkuasa dan ahli politik. Ini adalah semata menjaga akan kepentingan Melayu didalam profesion ini.

Mengapa cuba menangguk air yg keroh ? :-?:-?

den bukan orang lama, sebab den masih muda lagi.:D:D tapi den boleh jawab yang merah tu je. memang betul. kalau kat UK, masih kena ambik practise cert. kalau nak buka accounting firm sendiri. nasib baik den kat malaysia. xyah nak ambik.:D

kalau nak cerita politik, mungkin juga. AIA member xleh dapat exemption, walau 1 paper pun dari ACCA, tapi boleh dapat lebih dari 1/2 untuk CIMA. politik? mungkin. perkauman? wallahualam.

tapi bab perkauman, time nak minta lesen tu, den ada dgr2 jugalah. mungkin siapa yang pernah apply lesen auditor tahu kot, brp ramai kaum sana yang control time interview. ni den dgr je. xpernah dan belum terpikir nak apply lesen.:))

aku ada disana...alhamdulillah usul ditolak...tp in future siapa tahu kan..

im going to complete my ACCA soon...:)cgrock

alhamdulillah. good job bro. dapatlah kurang kan sikit jurang orang kita dgn kaum tu dalam ACCA ni.

p/s : nikmat tak bro belajar ACCA ni. ekekekeke.
 
alhamdulillah....nampaknye kene amek ACCA dari skrg...
 
den bukan orang lama, sebab den masih muda lagi.:D:D tapi den boleh jawab yang merah tu je. memang betul. kalau kat UK, masih kena ambik practise cert. kalau nak buka accounting firm sendiri. nasib baik den kat malaysia. xyah nak ambik.:D

kalau nak cerita politik, mungkin juga. AIA member xleh dapat exemption, walau 1 paper pun dari ACCA, tapi boleh dapat lebih dari 1/2 untuk CIMA. politik? mungkin. perkauman? wallahualam.

tapi bab perkauman, time nak minta lesen tu, den ada dgr2 jugalah. mungkin siapa yang pernah apply lesen auditor tahu kot, brp ramai kaum sana yang control time interview. ni den dgr je. xpernah dan belum terpikir nak apply lesen.:))



alhamdulillah. good job bro. dapatlah kurang kan sikit jurang orang kita dgn kaum tu dalam ACCA ni.

p/s : nikmat tak bro belajar ACCA ni. ekekekeke.
nak rasa nikmat lepas tamat la tau nikmat atau tak...betapa lakunya CV aku time tu...:)cgrock
 
Berapa ramai akauntan di CG neh? Boleh ler buat poll.
 
Waa..orang da ada ACCA,ak baru tgh usha2 tmpat belajar nak amik LCCI..kdg2 ak terasa menyesal plak ak amik Degree Ekonomi..pyh giler nak dpt kerja..:((:((:((

Sib byek ada mmbr ak tlg adjust kerja accountant..walaupun xde basic,sbb nak idup punye pasal,terpaksa belajar..alhamdulillah skunk da tau sket2 pasal account..Jan 2012 ingt nak amik LCCI or CAT dlu:">:">:">
 
Back
Top
Log in Register