BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM
Sponsored Post

2023.jpeg
2026.jpeg
2028.jpeg
2031.jpeg

Umur 19 tahun,. syarikat dah bernilai RM26 juta?!!

Kecoh budak ni semenjak dua ni, jual barang kucing je pun orang tak brain lansung. Pesaing pun tak banyak, boleh lah ambik sebagai inspirasi

Tngokla weh harga dia 👉 https://s.shopee.com.my/20Z8GEZ7Ez

Pehh taknak kalah gak harga, patutlah jutawan. Yelah agen under dia pun dah berapa ramai, korang try la jual. Katanya tengah laku keras

Korang umur 19 buat apa? 😁
 
Hebat anak muda......anak ambe pula...umur 21....kalau ada rezeki by October tahun ni..insya allah...sales pertama dia 1 juta....semoga di murahkan rezeki....untuk tahun depan planning lain ..mungkin akan bawa masuk produk dari pada Thailand....tahun ni berjaya bawa masuk dari Hungary....ok lah..sambil belajar dia buat bisnes....ambe control dari jauh...nasihat dan buat planning.....
 
Bolehla daripada takde. roduk supplement kucing Biovet ni bukan yg pertama dlm pasaran. Actually dah lama dikeluarkan oleh oleh brand macam VetriScience, Charlie & Buddie, Nordic Naturals, Purina dll lagi keluaran overseas yang ingredients lebih menyakinkan dan ada buat lab test sendiri. Melayu masih kekurangan lagi usahawan yang betul betul keluarkan produk hasil dari idea dan buat lab test sendiri, melainkan menjual produk keluaran OEM kilang dari China ataupun remade produk sendiri copycat dari ingredients produk import dan ikut sukatan sendiri.
 
Oh ya, dan satu lagi bila betul betul berjaya making millions untuk publicly tunjuk kejayaan di sebelah ferrari itu actually adalah optional ye. Ikut level "terkejut" masing masing. Ada orang bila dia berjaya dia tak rasa untuk dedah apa yg dia ada. Ada orang rasa itu perlu. Ikut preference masing masing. Generally, owner company company besar kat luar sana yg making more millions lebih "tenang" berbanding kat sini.
 

Pekerja beraspirasi! ‘Mekdi’ diusahakan rakyat Malaysia sepenuhnya, OKU turut diberi peluang kerjaya​

Jumaat, 20 September 2024 9:30 AM
Oleh: MSTAR

553.jpg

Azmir (kanan) bersama kakitangan McDonald’s Malaysia.

SETELAH 67 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, negara ini mengalami pelbagai perubahan yang membanggakan rakyatnya.
Kemajuan yang dikecapi ini tidak datang dengan sendirinya kerana ia merupakan hasil usaha gigih rakyat yang bertekad menjadi penyumbang utama kepada pembangunan negara.

Begitu juga dengan Datuk Azmir Jaafar yang menerajui McDonald’s Malaysia sebagai Pengarah Urusan dan pemilik tempatan restoran khidmat segera antarabangsa tersebut bersama warga kerjanya yang terdiri daripada rakyat Malaysia.

Selama 42 tahun McDonald’s beroperasi di Malaysia, lebih 13,000 peluang pekerjaan diwujudkan untuk rakyat Malaysia, termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU), dari peringkat kru restoran hingga ke pengurusan kanan.

Ini menunjukkan McDonald’s Malaysia merupakan syarikat yang diuruskan dan dijalankan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, dengan 90 peratus daripada pasukan mereka beragama Islam.

2911065.jpg

Azmir percaya McDonald’s mampu berkembang lebih daripada sekadar sebuah restoran.

McDonald’s Malaysia kini mempunyai lebih 370 restoran di seluruh negara, menandakan komitmen syarikat tempatan ini untuk memajukan sosioekonomi warga tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan seiring dengan kemajuan perniagaannya yang semakin pesat.

Teladan hidup menjadi peluang emas
Azmir yang juga merupakan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia mengakui permulaan kerjayanya di syarikat itu membuatkan beliau menyedari bahawa McDonald’s mampu berkembang lebih daripada sekadar sebuah restoran.

Malah, restoran ini juga berpotensi untuk membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat melalui lokasi-lokasinya yang berdekatan dengan kawasan kejiranan.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus pelatih di restoran McDonald’s dan berjaya mencapai ke peringkat pengurusan utama syarikat selepas 13 tahun berkhidmat.

Selepas dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir menyedari pengalaman kerjayanya dapat memberi manfaat kepada komuniti untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

2911067.jpg

Azmir memulakan kerjayanya sebagai pengurus pelatih di restoran McDonald’s sebelum dilantik menjadi pengurusan utama syarikat.

“Di McDonald’s Malaysia, kami amat menitikberatkan kemahiran para pekerja kami. Mereka diberikan peluang untuk sambung belajar bagi memajukan diri dalam bidang industri perkhidmatan makanan.

“Ini juga membuka peluang kepada mereka untuk menyandang jawatan yang lebih baik sama ada di dalam restoran atau pengurusan syarikat,” katanya.
Bagi merealisasikan hasrat itu, McDonald’s Malaysia membangunkan pelbagai latihan kerjaya yang bertujuan untuk membantu pekerjanya memajukan diri dalam industri makanan.

Antaranya adalah menubuhkan Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia, yang memberi peluang kepada belia untuk melanjutkan kerjaya sambil belajar bersama McDonald’s.
Selain itu, usaha McDonald’s Malaysia untuk memperkasa belia tidak terhenti setakat sebagai kru restoran sahaja.

Warga kerja yang ingin mengembangkan bakat dan melangkah jauh bersama McDonald’s diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Melalui sebuah institusi latihan kemahiran McDonald’s iaitu Hamburger U di Malaysia, para pekerja boleh mendapatkan pelbagai jenis latihan dalam bidang pentadbiran, kepimpinan, atau pengurusan restoran.

Untuk makluman, Hamburger U di Malaysia adalah yang ke-9 di dunia dan satu-satunya di Asia Tenggara.

Beralih minat demi kerjaya yang menjaminkan

Turut berkongsi perjalanan kerjaya adalah Pengurus Wilayah Lembah Klang McDonald’s Malaysia, Mohd Faizul Mohd Rizal yang menerima penghormatan tertinggi McDonald’s, Anugerah Presiden pada 2023.

Anugerah Presiden merupakan pengiktirafan global bagi 1 peratus kakitangan terbaik McDonald’s di seluruh dunia.

2911062.jpg

Faizul menyifatkan kerjaya ke tahap yang membanggakan sebagai 'tuah badan'.

Bagi pemuda berusia 38 tahun itu, dia menganggap kerjayanya sebagai 'tuah badan' dan tidak pernah membayangkan bahawa perjalanan bersama McDonald’s akan membawanya ke tahap membanggakan.

Bermula sebagai juruwang dan pelayan tetamu pada usia 18 tahun untuk menampung kos pengajian di universiti, Faizul terdorong untuk bekerja sepenuh masa di McDonald’s setelah mendengar kisah kejayaan daripada rakan-rakan sekerja.

Dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Faizul memutuskan untuk meneruskan kerjayanya dalam sektor perkhidmatan makanan kerana keyakinannya terhadap potensi McDonald’s di negara ini serta program kerjayanya yang menjanjikan.

2911059.jpg

Faizul diberi pengiktirafan Anugerah Presiden.

“Di McDonald’s, saya diperkenalkan kepada peluang kerjaya yang menarik melalui kisah kejayaan rakan-rakan sekerja.
"Pengalaman yang mereka kongsikan mendorong saya memutuskan untuk bekerja sepenuh masa di McDonald’s selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda,” kata Faizul yang membuktikan kejayaannya selepas hampir 20 tahun dengan menguruskan pasaran terbesar restoran itu di Malaysia.

Menyentuh hati pelanggan

Bagi Pengurus Pemasaran McDonald’s Malaysia, Aaron Danial Raj, kepuasan sebenar dalam pekerjaannya adalah dapat menyentuh hati pelanggan apabila menikmati hidangan di restoran terkenal ini.

Katanya yang kini berusia 33 tahun, pengalaman tersebut memberikan rasa 'berpuas hati' yang mendalam.

2911064.jpeg

Aaron menyedari kepuasan dengan melihat pelanggan gembira menikmati makanan.

Walaupun pernah terlibat dalam industri lain, Aaron menyedari bahawa kepuasan sejatinya adalah melihat kegembiraan pelanggan menikmati makanan.
Mengimbas kembali keputusan yang dibuat pada 2019, dia kembali melibatkan diri dalam sektor perkhidmatan makanan sebelum menyertai McDonald’s Malaysia pada 2022.

“Sebelum saya dilantik sebagai pengurus pemasaran, McDonald’s Malaysia menghantar saya untuk menjalani latihan di McDonald’s Bandar Utama di Selangor.
“Ia merupakan pengalaman yang sangat mengujakan kerana untuk pertama kalinya saya berpeluang menyediakan burger kegemaran, Double Cheeseburger,” kata Aaron.

Tambah Aaron, pengalaman menarik itu ternyata membuka matanya kepada kecemerlangan kru dan pengurus yang memastikan setiap hidangan memenuhi standard yang tinggi.

Mengakui dirinya masih baharu dalam ekosistem McDonald’s, Aaron bagaimanapun sangat bermotivasi untuk mencipta pengalaman yang bermakna.
Apatah lagi selepas menyedari peranan penting restoran ini, dia berdedikasi untuk memberikan ‘delicious feel-good moment’ kepada pelanggan melalui makanan dan suasananya.

“Masa remaja, saya sering mengunjungi McDonald’s bersama rakan-rakan. Kenangan indah ini sentiasa segar dalam ingatan apabila kami meluangkan masa sambil menikmati hidangan hangat.

“Kini, tanggungjawab saya adalah untuk mencipta suasana yang sama indah di restoran kami dan meningkatkan pengalaman pelanggan ke tahap yang lebih baik,” ujarnya lagi.

2911094.jpg

Xinru mendapat banyak pengetahuan dan kemahiran dengan bekerja di McDonald’s.

Sahut cabaran
Memulakan kerjaya sebagai juruwang di McDonald’s ketika usia remaja, kegigihan Wong Xinru membuahkan hasil apabila dilantik sebagai Pengurus Restoran McDonald’s Bandar Utama.

Siapa sangka, kerja separuh masa yang pada mulanya dianggap hanya sekadar mencuba telah membuatkan wanita berusia 27 tahun itu jatuh cinta pada cabaran dalam sektor perkhidmatan makanan.

Buktinya, Xinru kini terus mengembangkan kerjayanya di restoran McDonald’s selama hampir sedekad.

Selepas membuat keputusan untuk bekerja sepenuh masa, Xinru dilantik sebagai Ketua Pengalaman Pelanggan (GEL), di mana beliau mula menyedari betapa pentingnya memberikan layanan yang baik kepada pelanggan.

2911095.jpg

Xinru dilantik sebagai Ketua Pengalaman Pelanggan (GEL) selepas bekerja sepenuh masa di McDonald’s.

“Dengan pengalaman dalam mengendalikan pelanggan, saya secara beransur-ansur diberikan tanggungjawab untuk menguruskan staf dan restoran. Ini membuktikan bahawa McDonald’s Malaysia memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk meningkatkan kemahiran mereka.

“Dari penjaga kaunter pesanan makanan hingga ke jawatan pengurus restoran, saya tidak menyangka peluang ini akan datang, tetapi saya sangat menghargainya,” katanya sambil menambah bekerja di McDonald’s memberikannya banyak pengetahuan dan kemahiran.

Walaupun perjalanan kerjayanya sangat bermakna, Xinru tetap bersemangat untuk terus maju dan bercita-cita tinggi bagi mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa depan.

Ibu jadi inspirasi
Setiap hari, Ahmad Danial Zakwan Zainal Fithri sentiasa mendengar cerita ibunya selepas pulang bekerja dari restoran sehingga mendorongnya untuk mengikuti jejak langkah wanita itu, Norlela Din, 43 yang bekerja di McDonald’s.

2911063.jpeg

Zakwan terinspirasi untuk mengikuti jejak langkah ibunya bekerja di McDonald’s.

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mencari kerja sambilan sambil menunggu keputusan kemasukan universiti.

“Suatu hari, ibu bercerita tentang program vokasional McDonald’s, dan saya tertarik untuk mencubanya,” kata pemuda berusia 19 tahun itu yang teruja bekerja di restoran berkenaan kerana kakitangannya yang mesra dan prihatin.

Menurut Zakwan, ibunya yang sebelum ini merupakan suri rumah sepenuh masa memulakan kerjayanya di McDonald’s awal tahun lalu.

2911061.jpeg

Norlela bersyukur kerana McDonald’s memberikan peluang bekerja bersama anaknya.

Mengenai keputusan yang dibuat demi membantu keluarga sambil mengisi masa lapang, Norlela mengakui amat menghargai peluang yang diberikan McDonald’s meskipun usianya sudah lanjut.

Malah, wanita ini meluahkan rasa gembira apabila berpeluang untuk bekerja bersama anaknya di McDonald's Caltex Jalan Tengah, Pulau Pinang.

Zakwan yang sedang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 melalui Program Perantis Vokasional McDonald’s, bertekad untuk memanfaatkan peluang yang disediakan oleh McDonald’s Malaysia.

Malah, pemuda ini berazam untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin bagi membina kerjaya dan meningkatkan kemahiran dalam bidang perkhidmatan makanan.

Inklusiviti dalam amalan kerja

Golongan orang kurang upaya (OKU) tidak terkecuali apabila diberi peluang untuk berkhidmat di restoran McDonald’s Malaysia.

Buktinya, Teo Jia Jun, 29, yang merupakan seorang OKU sudah berkhidmat lebih setahun di McDonald’s Mutiara Damansara sejak 2023.

2911066.jpeg

Teo merupakan golongan OKU yang bekerja sepenuh masa di McDonald’s.

Kisahnya bermula apabila Teo dinasihatkan oleh rakan untuk mempertimbangkan peluang berkhidmat di McDonald’s, yang dikenali sebagai penyedia peluang pekerjaan inklusif untuk OKU.

Teo turut menceritakan bagaimana McDonald’s memberikan perhatian khusus kepada pekerja OKU dengan menyediakan latihan yang sesuai, sekali gus membantunya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baharu.

“McDonald’s adalah syarikat pertama yang mana saya bekerja sebagai pekerja sepenuh masa. Sebelum ini saya hanya bekerja sebagai pekerja separuh masa dalam sektor lain.
“Saya suka bekerja di sini kerana mereka sangat menghargai orang-orang seperti saya. Para pekerja di sini juga sangat mesra dan prihatin terhadap saya.

“Mereka banyak membantu dan mengajar saya untuk menjadi kru restoran yang baik serta sabar dalam melayani apa jua keadaan saya,” kata Teo.

2911091.jpeg

Teo (tengah) diberi latihan khas agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja.

McDonald’s Malaysia sejak dulu menetapkan matlamat untuk menjadi platform utama dalam pembangunan bakat dan kerjaya, satu tradisi yang diperkuatkan oleh Azmir melalui pelbagai program.

Sebagai syarikat tempatan, beliau melihat ia sebagai peluang berharga untuk memberi kembali kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong segala usaha syarikat.
McDonald’s Malaysia kini berkembang menjadi sebuah perniagaan yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan makanan kepada pelanggan, bahkan juga memastikan kecemerlangan berterusan melalui warga kerjanya yang berkemahiran dan berkualiti.

Maka tidak hairanlah, McDonald’s Malaysia mempunyai kredibiliti yang tinggi apabila menjadikan pembangunan bakat dan peningkatan kemahiran pekerja sebagai keutamaan, dalam memastikan para pekerja dapat berkembang seiring dengan pertumbuhan syarikat.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/figu...a-sepenuhnya-oku-turut-diberi-peluang-kerjaya
 

Anak tempatan tunjuk inspirasi luar biasa! Jadi bos Mekdi, Azmir buktikan keluarga sederhana bukan penghalang untuk berjaya​



553.jpg

Azmir beriltizam agar McDonald's Malaysia dapat terus berbakti kepada masyarakat.

SIAPA sangka di sebalik kemasyhuran jenama McDonald's Malaysia, rupa-rupanya ia diterajui oleh seorang anak tempatan yang berlatar belakang keluarga sederhana.

Dilahirkan sebagai seorang anak peneroka Felda, Datuk Azmir Jaafar membuktikan bahawa kepayahan hidup bukan penghalang untuk berjaya dalam kehidupan.

Melakar nama dalam bidang perniagaan di negara ini bukan perkara mudah sebelum Azmir menjadi Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia sejak 2017.

Beliau kini merupakan pemilik tempatan McDonald’s Malaysia sejak diambil alih sekali gus menjadikan restoran kegemaran ramai itu sebagai sebuah syarikat 100 peratus milik orang Islam.

"Saya jadikan setiap peristiwa hidup sebagai azimat kehidupan yang membentuk keperibadian, serta membangunkan McDonald’s Malaysia sebagai satu restoran yang diminati ramai.

"Mungkin ramai yang tidak tahu McDonald’s Malaysia hanya menawarkan pekerjaan kepada rakyat Malaysia, di mana 100 peratus pekerja mereka adalah orang Malaysia dan 90 peratus daripadanya adalah orang Islam," katanya.

Pendidikan jalan kejayaan

Bagi anak kelahiran Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan ini, jasa ibu dan bapa beliau amat besar dan bermakna jika ingin dibandingkan dengan apa yang dikecapinya pada hari ini.

Menurut Azmir, beliau tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang sejak kecil, namun kesusahan yang dilalui tidak mematahkan semangat beliau untuk mengejar impian dan mengubah nasib keluarga.

Mengenang kehidupan yang dilalui, Azmir kagum dengan kesungguhan bapanya, Jaafar Ahmad yang membanting tulang untuk memastikan dia dan adik-beradiknya mendapat pendidikan yang terbaik.

"Walaupun bekerja sebagai peneroka Felda, namun ayah sentiasa menekankan soal pendidikan supaya anak-anak boleh mendapatkan pekerjaan yang baik apabila dewasa nanti.

"Ternyata pengorbanan ayah membuahkan hasil kerana semua anak-anaknya berjaya dalam kerjaya dan kehidupan, termasuk saya sendiri," ujarnya.

Dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pendidikan (SRP), ia melayakkan dirinya untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Kuala Pilah.

Tidak cukup sekadar itu, kecemerlangannya diteruskan lagi sehingga ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di University of Georgia, Amerika Syarikat dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Pemakanan (Diet Klinikal) pada 1988.

Dia kemudiannya meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di University of Bath, United Kingdom pada 1992.

“Kalau bukan disebabkan ayah yang sangat tegas apabila cakap bab belajar, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Berkat pengorbanan dia yang menjadikan saya berjaya pada hari ini.

2873671.jpg

Sebagai syarikat milik tempatan, Azmir memastikan restoran McDonald’s Malaysia bukan sahaja menyajikan hidangan istimewa tetapi juga berbakti kepada komuniti.

Dari restoran ke pengarah urusan

Selepas menamatkan pengajian di Eropah, anak jati Negeri Sembilan ini kembali ke tanah air untuk memulakan karier bersama McDonald’s Malaysia pada 1993 sebagai pengurus pelatih.

Kewibawaan Azmir menunjukkan satu prestasi kerjaya cemerlang ketika menjawat beberapa posisi sehingga sehingga dia diberikan peluang untuk menjadi Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia pada 2006 hingga 2009.

Kepimpinan Azmir yang merupakan pengarah urusan termuda syarikat menyaksikan pertumbuhan pesat restoran McDonald’s dan peningkatan jualan yang berganda di negara ini.

Kejayaan tersebut dibuktikan apabila Azmir kemudian dilantik sebagai Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pembangunan McDonald’s, mengembangkan pasaran ke China dan Timur Tengah.

"Saya membuka lebih 1,100 restoran di China dalam lima tahun dan menerajui 17 pasaran di Timur Tengah bersama pemilik tempatan di sana.

"Pengalaman antarabangsa yang diperolehi ini saya gunakan untuk memajukan McDonald’s Malaysia, mengembangkan lebih 370 restoran di seluruh negara selepas kembali memimpin syarikat sebagai pengarah urusan,” katanya.

Di bawah kepimpinan beliau, McDonald’s Malaysia memperkenalkan pelbagai inovasi baharu dalam operasi restoran, sehingga nama ‘Mekdi’ menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain diberikan peluang melanjutkan pelajaran, pertumbuhan restoran-restoran McDonald’s di Malaysia juga adalah harapan Azmir untuk sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

Teladan hidup jadi pendirian

Menurut Azmir, kesusahan yang dilaluinya sejak kecil membentuk siapa ‘Datuk Azmir Jaafar’ dan syarikatnya, McDonald’s Malaysia pada hari ini.

Ini membuatkan Azmir yang dibesarkan di pedalaman Felda memahami apa yang dilalui oleh pekerjanya dan peduli kepada kebajikan serta kesejahteraan komuniti tersebut.

"Apabila pekerja ditimpa musibah, saya akan memastikan mereka mendapat bantuan yang mencukupi.

"Sebagai syarikat milik tempatan, saya memastikan restoran ini bukan sahaja menyajikan hidangan istimewa tetapi juga berbakti kepada komuniti. Saya menekankan kepentingan menjadi 'jiran prihatin' di setiap lokasi operasi mereka," katanya lagi.

sumber - https://www.mstar.com.my/xpose/figu...arga-sederhana-bukan-penghalang-untuk-berjaya
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register