BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlu Selalu Ingat Mati

aiman27

Active+ Member
Messages
4,608
Joined
May 14, 2010
Messages
4,608
Reaction score
729
Points
71
Bagi menggerakkan kita berusaha bersungguh2 utk bertakwa kpd Allah swt, kita perlu selalu ingatkan diri kepada mati sebab kita bayangkan mungkin akan mati esok. Dengan itu kita akan menggunakan setiap detik peluang yg ada utk beribadat kpd Allah swt... wallahualam.

tt tak bermaksud meminta saudara2 meminta untuk mati cuma meminta untuk ingat kepada mati....
cuba kita berfikir sejenak jika kita mati esok? di manakah kita akan berada samada syurga/neraka?

Rabbani

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
 
Last edited:
Insya'Allah,semoga aku sentiasa mengingati mati dan tidak leka dengan duniawi..
 
Dari hadith nabi..
" Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik "

Jadi jgn la tertipu dgn nikmat sementara ni.. terima kasih TT, peringatan utk diriku jua..
 
Bagi menggerakkan kita berusaha bersungguh2 utk bertakwa kpd Allah swt, kita perlu selalu ingatkan diri kepada mati sebab kita bayangkan mungkin akan mati esok. Dengan itu kita akan menggunakan setiap detik peluang yg ada utk beribadat kpd Allah swt... wallahualam.

ajal maut xpernah terlewat @ terawal seminit..bila2 dan dimana2 sahaja..jadi sesame la kita fikir2kan.. untuk renungan diri sendiri dan kekawan..
 
ingt mati akan mengurangkan kelakuan kejahatan pada diri kita sendiri :)
 
itulah sebaik2 peringatan.. igt pd Allah dan igt pada mati..
 
Baguslah sentiasa mengingati mati, tapi setengah orang kita ni hingga malas nak bekerja "hingga anak bini terabai" kerana mereka tak faham maksud "sentiasa mengingati mati"

Kawan saya ada sorang macam tu. Umur dah 42 tahun, kerja tak ada, apa benda pun tak ada hungga nak isi minyak motor pun tak ada duit Mulalah tersenggih2 datang cari kawn" Lepak kat mesjid je.
 
kalau sampai mengabaikan kerja dan famili ada sesuatu yg tak kena. Dengan ingat mati kita takkan membuat benda yg tak betul sebab kita akan tau balasan dan seksaan selepas mati nanti.
 
Back
Top
Log in Register