BTC USD 97,243.7 Gold USD 2,699.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti, timbalan perlu dilantik daripada ASWJ

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,378
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,378
Reaction score
1,685
Points
111

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menyokong syarat pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan dan Timbalannya perlu dalam kalangan individu berpegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menyokong syarat pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan dan Timbalannya perlu dalam kalangan individu berpegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.​

KUALA LUMPUR: Mufti Kedah menyokong syarat pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan dan Timbalannya perlu dalam kalangan individu berpegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah.
Syarat pelantikan itu terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat, esok.

Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, syarat pelantikan itu juga berdasarkan dari aspek syariat mengikut mazhab Shafie tetapi pada masa sama boleh berpegang kepada mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali atau ijtihad hukum memberi maslahah kepada masyarakat Islam.

Beliau berkata, dari aspek tasawuf pula adalah berdasarkan pegangan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

"RUU itu akan menjadi punca kuasa kepada Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah untuk penambahbaikan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan selaras dengan peruntukan undang-undang.
"Peruntukan RUU mantap dan menyeluruh merangkumi bidang kuasa Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah, iaitu fatwa, falak dan tauliah mengajar agama Islam," katanya dalam kenyataan di laman web dan Facebook Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman di sini, hari ini.
Rabu lalu, Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, berkata RUU Mufti yang mentakrifkan ASWJ dari sudut akidah bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah, manakala fiqh mazhab Shafie dengan meraikan tiga mazhab lain perlu disokong umat Islam sepenuhnya.
Pandangan itu turut disokong Pertubuhan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) yang menyifatkan RUU itu antara usaha menjelaskan maksud ASWJ di negara ini dengan lebih sempurna untuk mengelakkan masyarakat awam ditipu sesetengah pihak kerana terdapat usaha pengambilalihan istilah itu dan mengeluarkan pula golongan sebenar yang mewakilinya.

Syeikh Fadzil berkata, kepentingan undang-undang ini merujuk kepada pandangan Imam al-Ghazali, iaitu 'tidak akan lurus untuk urusan agama melainkan lurusnya peraturan atau sistem dunia.
"Semoga RUU ini dapat menjadi platform terbaik dalam usaha memantapkan pengurusan pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah," katanya.
 
Sponsored Post

Asamjawa je bole

Wahhabiol jgn kasi
RUU tersebut mentakrifkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah, fikah Mazhab Syafie dengan meraikan tiga Mazhab yang lain, dan tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid.

Lulus di palimen tanpa pindaan...khalas...negara-negara Arab semua fahaman salafi dan ahli hadith....x ikut aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah...autamatik bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah...tempat lahir agama Islam dah kena kapiaq dengan Malaysia sb terkeluar dari ASWJ.....umrah autamatik xleh g mulai hari ni...haji tahun depan pun Malaysia x hantar org p sb Arab Saudi mcm syiah...keluar dari ASWJ...mantap!!!!! Tahniah persatuan guru pondok malaysia, mufti kedah, pencinta biadaah, capaliyun, kuburiyun, geng maki hamun dalam masjid, persatuan ustaz penglipuraya serta geng selak tirai kerana mengeluarkan Arab Saudi dari ASWJ....gua caya sama lu.....
 
Semua negara arab, biar betul bang, bukan cuma Arab Saudi saja ka, tapi bukan semua orang arab Saudi pun menganut wahababiol opssss salafi...🤭mengapa bang nak marah ustaz pondok pulak, marah lah ahli parlimen yang mengundi dan meluluskan RUU tu..🤣🤣🤣

IMG_20240709_123722.jpg

IMG_20240709_123743.jpg

IMG_20240709_123801.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register