ichirosic
Active Member
- Messages
- 1,726
- Joined
- Nov 20, 2009
- Messages
- 1,726
- Reaction score
- 319
- Points
- 41
CONTOH-CONTOH PERBEZAAN PADA FURU’ AQIDAH ADALAH ANTARA ASYA’IRAH DAN MATURUDIYAH:
4.1 Perbedaan pendapat dalam menentukan elok atau tidak eloknya sesuatu. Adakah ia bergantung kepada ketentuan ‘aqal atau Syara’. Maturidiyah berpendapat ia bergantung kepada ketentuan ‘aqal. Asya’irah pula berpendapat ia bergantung kepada ketentuan Syara’.
4.2 Kedua-dua golongan, Asya’irah dan Maturidiyah menerima kalam Allah yang sebenarnya ialah kalam nafsi-Nya. Tetapi adakah kalam nafsi Allah itu boleh didengar atau tidak. Kata Maturidiyah, tidak boleh didengar. Apa yang didengar oleh Nabi Musa a.s. misalnya hanyalah sesuatu yang menunjukkan kalam nafsi Allah sahaja. Asya’irah pula berpendapat ia boleh didengar.
4.3 Allah tidak mentaklifkan (membebankan) manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Demikianlah pendapat Maturidiyah. Asya’irah pula berpendapat, ia (menurut ‘aqal) boleh jadi berlaku. Al-Isfiraini dan al-Ghazali adalah antara tokoh Asya’irah yang tidak bersetuju dengan Asya’irah dalam masalah ini.
4.4 Menurut Maturidiyah, Allah tidak berlaku zalim. Mustahil pada akal Tuhan berlaku zalim. Asya’irah pula berpendapat, tidak mustahil (pada akal).
4.5 Menurut Maturidiyah, mengenal Allah wajib atas seseorang dengan sebab ia berakal (ada akal). Menurut Asya`irah pula ia wajib dengan sebab Syara’, bukan dengan sebab akal semata-mata.
4.6 Menurut Maturidiyah, setiap perbuatan Allah mesti ada hikmat dan illatnya. Sedangkan Asya’irah berpendapat tidak, malah tidak boleh dikatakan begitu.
4.7 Maturidiyah berpendapat, iman muqallid (orang yang mengikut orang lain semata-mata tanpa menggunakan pemikiran sendiri) adalah sah. Asya’irah pula berpendapat tidak sah. Kerana syarat sah iman di sisi mereka ialah mengetahui setiap masalah aqidah dengan dalil ‘aqli yang putus.
4.8 Manusia mempunyai usaha ( كسب ) dan ikhtiar dalam melakukan sesuatu perkara. Usaha dan ikhtiarnyalah yang memberi bekas terhadap sesuatu yang dibuatnya. Demikianlah pendapat Maturidiyah. Tetapi Asya’irah berpendapat, semua perbuatan ikhtiari manusia berlaku dengan kudrat Allah semata-mata. Allah jualah yang memberi bekas pada semua perbuatannya.
4.9 Menurut Maturidiyah iman tidak bertambah dan berkurang. Sedangkan menurut pendapat yang masyhur dan popular di kalangan Asya’irah ialah iman boleh bertambah dan berkurang.
4.10 Asy’irah berpendapat, taubat orang yang sedang nazak tidak diterima Allah. Sedangkan Maturidiyah berpendapat taubatnya masih diterima Allah.
4.11 Menurut Maturidiyah, menanggap dan merasai sesuatu dengan pancaindera bukanlah ilmu. Ia tidak lebih daripada sarana untuk mendapat ilmu. Sedangkan Asya’irah sudah mengiranya sebagai ilmu.
4.12 Kata Maturidiyah, orang celaka boleh menjadi bahagia dan orang yang bahagia pula boleh menjadi celaka. Sementara golongan Asya’irah pula berpendapat, kecelakaan dan kebahagiaan seseorang itu hanya akan pasti ketika ia meninggal dunia. Penghujung hidupnyalah yang menentukan sama ada ia seorang bahagia atau celaka.
4.13 Bagi Maturidiyah, orang kafir tidak boleh dimaafkan (diampunkan) Allah menurut (hukum) akal. Sedangkan bagi Asya’irah, kalau menurut akal boleh saja. Tetapi menurut Syara’ pula tidak boleh.
4.14 Menurut Maturidiyah sifat takwin adalah sifat zat yang azali bagi Allah s.w.t. Takwin di sisi mereka bukan mukawwan. Bagi Asya’irah, ia adalah sifat fi’il Allah. Justeru ia merupakan sesuatu yang haadith.
4.15 Di sisi Maturidiyah, tidak harus pada ‘aqal dan Syara’ Allah menyalahi janji baik atau janji buruk yang dibuat-Nya, misalnya dengan mengekalkan orang-orang mu’min di dalam neraka dan mengekalkan orang-orang kafir di dalam syurga. Di sisi Asya’irah, meskipun semua itu harus pada akal, namun ia tidak harus pada Syara’.
4.16 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang sifat (كن) “kun‟ yang dengannya Allah menjadikan segala sesuatu. Maturidiyah berpendapat ia kinayah kepada segeranya penciptaan Allah. Ia bukan perkataan sebenar. Dikatakan perkataan hanya secara majaaz sahaja. Asya’irah pula berpendapat, kejadian segala sesuatu berkait dengan kalam azali Allah s.w.t. Dan perkataan “kun‟ (كن) menunjukkannya itu.
4.17 Maturidiyah berpendapat, taufiq bererti Allah memudahkan dan menolong seseorang. Menurut Asya’irah pula taufiq bererti Allah menjadikan kemampuan di dalam diri hamba-Nya untuk melakukan ketaatan.
4.18 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang amalan orang murtad yang terhapus dengan sebab kemurtadannya. Adakah ia dikira semula setelah si murtad itu kembali memeluk agama semula atau tidak? Maturidiyah berpendapat, ia dikira semula. Asya’irah pula berpendapat, tidak, malah ia terhapus terus.
4.19 Maturidiyah dan Asya’irah berbeda pendapat tentang orang-orang kafir, adakah mereka akan diseksa kerana meninggalkan segala perkara yang difardhukan dan diwajibkan, di samping kerana kekufuran mereka? Maturidiyah berpendapat, mereka akan diseksa kerana kekufuran, bukan kerana meninggalkan perkara-perkara yang difardhu dan diwajibkan. Asya’irah pula berpendapat, mereka akan disekasa kerana meninggalkan kedua-duanya.
4.20 Mereka berbeda pendapat tentang kema’shuman (عصمة) para nabi. Asya’irah menafikan kemungkinan para nabi melakukan dosa-dosa besar secara mutlaq. Mereka hanya mengharuskan berlaku dosa-dosa kecil pada para nabi secara tidak sedar. Ada juga di kalangan Asya’irah orang-orang yang menafikan kemungkinan para nabi ada melakukan dosa-dosa secara mutlaq, seperti al-Isfiraini dan Qadhi `Iyaadh. Begitulah pendapat Maturidiyah.