BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larangan Minta Mati

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
Antara ujian yang berat bagi seorang hamba Allah ialah apabila ditimpa sakit atau penderitaan yang berpanjangan. Ada yang sampai berputus asa, lalu memohon kematian agar segera terlepas daripada kesakitan tersebut. Namun, Islam melarang kita berdoa meminta kematian kerana hidup dan mati adalah urusan Allah SWT semata-mata.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa seorang mukmin tidak boleh mengharapkan kematian hanya kerana ditimpa musibah. Sebaliknya, hendaklah dia berdoa

Ertinya: “Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila kematian itu lebih baik bagiku.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis ini mendidik kita supaya sentiasa redha dengan takdir Allah SWT. Kesakitan dan penderitaan adalah ujian yang menghapuskan dosa, meninggikan darjat, serta menzahirkan kesabaran seorang mukmin.

Oleh itu, janganlah kita berputus asa dalam menghadapi ujian. Sebaliknya, panjatkanlah doa sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW agar kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah, sama ada dalam hidup atau mati.
 
doa yg diajar Nabi.png

. .
 
Kat penang ni dah jd mcm normalisasi
“ oh dia bunuh diri sebab stress hutang”
“ oh dua bunuh diri sebab kena pecat”
“ kalau stres, berenti je lah kang nanti bunuh diri pulak “
 
Back
Top
Log in Register