BTC USD 94,145.2 Gold USD 2,685.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti, timbalan perlu dilantik daripada ASWJ

Sponsored Post

Sunyi je kan pasal fatwa harus melutut pada manusia lain? Nabi haramkan...ttiba jais nk haruskan....hebat puak2 pendukung ruu mufti...siap takwil lagi ape y jais ckp tu...tp bila mufti sndiri akui ada kesalahan...puak pentaksub nih masih lg nk takwil.....1 bnda basic dalam agama...mana boleh manusia lain mlutut atau sujud pd manusia lain??? Mcm mana jabatan mufti yg antara paling kedepan dalam isu ruu ni bole kluar fatwa melutut pada manusia lain?? Sejak ogos plak tu???nasib baik ade org perasan..kalau x???
 

[[LIVE]]17.12.24 RUU MUFTI HILANG ARAH? KEMANA INSTITUSI AGAMA ZAMAN MADANI DI PANDU?​

17.12.24 RUU MUFTI HILANG ARAH? KEMANA INSTITUSI AGAMA ZAMAN MADANI DI PANDU?
BERSAMA UST WANJI, DR ABU HAFIZ, SDR FAIZAL RAHMAN MENGULAS SELESAI RUU MUFTI TIDAK DI BAWA KE PARLIMEN KALI INI.


 
Pendokong TGNA, apa yang kalian perjuangkan selama ini bersama beliau?

Semasa hidup beliau, secara umumnya, TGNA -rahimahullah- telah dikenali sebagai tokoh agama yang ulung di bumi Malaysia.

Beliau adalah seorang tokoh yang disegani dan dihormati oleh semua pihak.

Untuk pencinta beliau (terutamanya dari parti PAS), beliau adalah satu sosok ‘kiriman Tuhan’ yang tiada galang gantinya. Beliau dijulang, diangkat dan kerapkali dipertahankan daripada segala tohmahan pihak lawan.

***

Majlis ilmu beliau (terutamanya pada pagi Jumaat di Dataran Ilmu) menyaksikan kehadiran ramai peminat beliau dari seluruh pelusuk negeri Kelantan dan bahkan dari negeri-negeri lain juga.

Kelas pengajian beliau merangkumi pelbagai bidang seperti Tafsir, Hadis, Fiqh, Akidah, Sirah dan politik.

Beliau diberikan kelebihan oleh Allah SWT dalam menyampaikan ilmu dengan cara yang mudah difahami. Tamsilan dan kiasan beliau sangat mudah difahami.

Maka, tidak hairan dan bukanlah satu kepelikan jika beliau disukai oleh ramai orang.

***

Namun begitu, beliau juga mempunyai sisi kontroversi samaada dalam bab politik atau ilmu Islam.

Dalam bab ilmu Islam, beliau juga mendapat gelaran keramat WAHABI kerana pendirian beliau dalam beberapa isu agama melibatkan Akidah, Fiqh dan Manhaj.

Pada saya, perkara ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana manusia seringkali berbeza pendapat.

Manusia boleh sahaja berbeza pendapat tetapi bersatu untuk tujuan yang lebih besar seperti kelangsungan agenda politik dan pemerintahan.

***

Namun, berdasarkan pemerhatian saya, beliau hanya dihormati oleh penyokongnya pada isu politik dan keilmuan secara umum sahaja!

Apabila melibatkan isu Akidah, Fiqh dan Manhaj, betapa ramai ‘penyokong’nya yang ‘memusuhi’nya.

Mereka yang dahulunya diam membisu seribu bahasa apabila TGNA bercakap berkaitan isu-isu kontroversi di atas, kini sudah berani menunjukkan warna wajah mereka yang sebenar.

Akal dangkal saya tidak mampu untuk memproses apa yang sebenarnya berlaku apabila slot pembentangan kertas kerja berkaitan Manhaj Akidah TGNA dibatalkan sehari sebelum majlisnya berlangsung di sebuah universiti milik kerajaan negeri di Kelantan dan arahan pembatalan tersebut datang dari pejabat Menteri Besar Kelantan!

***

Sepatutnya, sudah lama mereka mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan akidah TGNA kerana TGNA adalah figura yang berpengaruh semasa hidup dan selepas kematiannya.

Penulisan dan rakaman pengajian beliau masih lagi tersebar dan didengar oleh masyarakat (sekurang-kurangnya ahli PAS).

Akidah beliau sesat atau tidak?

Jika sesat katakan sesat supaya masyarakat dapat menjauhi TGNA.

Jika benar katakan benar supaya beliau boleh terus dijadikan ikutan dan panutan.

Isu sebesar ini tidak boleh untuk ditutup hanya kerana kelangsungan politik. Ia melibatkan bahagian yang paling besar dalam agama iaitu Akidah.

Hanya orang yang berkepentingan sahaja yang sanggup menggadaikan isu akidah kerana kelangsungan politik.

Tidak pelik jika selepas ini, mereka akan berlepas diri daripada akidah TGHH selepas kematian beliau. Mereka boleh kunci mulut dan tidak menentang akidah tokoh mereka semasa hidupnya tokoh tersebut demi sokongan politik, tetapi selepas kematian tokoh tersebut, mereka akan menyekat sebuah pembentangan ilmiah dalam seminar akademik di universiti mereka sendiri, di negeri mereka sendiri dan arahan datang dari pejabat Menteri Besar mereka sendiri!

* Entahlah. Pada aku, tiada yang lebih besar berbanding isu Akidah terutamanya apabila melibatkan sesuatu yang sesat. Hanya orang yang mempunyai sifat munafiq yang berkompromi dalam masalah Akidah yang dia yakini sebagai sesat dan menyeleweng!

Tuan Guru tidak sekali-kali boleh diberikan kepada orang sesat. Jika kita guna Tuan Guru kepada orang sesat, kita telah menipu umat yang percaya dan menyokong kita!

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register