BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkongsian 1 Hari 1 Hadis

gombakman

Active+ Member
Messages
3,544
Joined
May 9, 2009
Messages
3,544
Reaction score
506
Points
71
Assalamualaikum,

Buka website carian hadis ini dan masukkan perkataan yang berkaitan.....contoh "memanah" dan tandakan koleksi-koleksi hadis yang dikehendaki samada Bukhari, Muslim, At Termizi dan sebagainya...

http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Website milik UITM...:)cgrock

Semoga bermanfaat utk kita semua...
 
Last edited:
senang nk cari ilmu skrg ni....di hujung jari aje.

dan seeloknya utk menghuraikan maksud sesuatu hadis, kena rujuk alim ulama @ ustaz yg diketahui reputasinya
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1695.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim.".
 
senang nk cari ilmu skrg ni....di hujung jari aje.

dan seeloknya utk menghuraikan maksud sesuatu hadis, kena rujuk alim ulama @ ustaz yg diketahui reputasinya


setuju bro...:)cgrock
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0198.

Diceritakan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla telah menugaskan pada rahim wanita, seorang malaikat. Dia berkata, "Ya, Tuhan. Ini nuthfah (air mani). Ya, Tuhan. Ini 'alaqah (segumpal darah). Ya, Tuhan, Ini mudhgah (segumpal daging)." Apabila Allah ingin hendak menyempurnakan kejadian itu sempurnalah dia. Malaikat itu bertanya kepada Tuhan', Laki-laki atau perempuan? Malang atau bahagia? ' Apakah rezekinya dan berapa umurnya?" Lalu semuanya itu dituliskan dalam rahim ibunya.
 
Last edited:
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2447.

Ali bin Said Al-Kindiy menceritakan kepada kami, Ibnul-Mubarak memberitahukan kepada kami, dari Haiwah bin Syuraih dari Bakar bin Amr dari Abdullah bin Hubairah dari Abi Tamim Al-Jaisaniy dari Umar bin Al-Khathab berkata : Rasulullah saw bersabda :"Sungguh kalau kamu sekalian bertawakkal kepada Allah dengan tawakal yang sungguh-sungguh, nescaya kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia berangkat pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang".
Ini hadis hasan sahih yang kami tidak mengetahuinya kecuali dari sanad ini. Abu Tamim Al-Jaisaniy nama sebenarnya adalah Abdullah bin Malik.
 
Back
Top
Log in Register