BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,155.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkongsian 1 Hari 1 Hadis

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0586.

Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Jika ada Rasulullah saw. meninggalkan sesuatu amal, sedangkan beliau sendiri suka untuk mengerjakan amal itu, hal itu adalah disebabkan, kerana beliau takut orang banyak akan mengamalkannya pula, lalu mereka menganggap amal itu wajib bagi mereka. Nabi saw. tidak pernah solat dhuha, tetapi aku melakukannya."
 
Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0545.

Dari Yazid bin Amir R.A. dia berkata: Aku pernah datang (ke masjid) sedangkan Nabi S.A.W. sedang dalam solat. Maka aku duduk saja tidak mengerjakan solat bersama mereka. Katanya: "Setelah solat Rasulullah S.A.W., pergi kepada kami, lalu beliau melihat Yazid duduk, maka beliau bersabda: "Tidakkah kamu masuk Islam wahai Yazid? "Kata Yazid: "Wahai Rasulullah, saya benar-benar masuk Islam". Sabda beliau: "Lalu apa yang membuat kamu tidak mengerjakan solat bersama orang-orang ini?". Kata Yazid: "Sesungguhnya saya telah mengerjakan solat di tempat tinggal saya, kerana saya mengira engkau telah mengerjakan solat". Beliau bersabda: "Apabila kamu pergi ke masjid, tempat solat jemaah, lalu kamu mendapatkan orang-orang mengerjakan solat berjemaah, kerjakanlah solat berjemaah bersama mereka, walaupun kamu telah mengerjakan solat, maka solat itu menjadi solat nafilah bagimu, sedangkan solat (yang pertama) ini adalah solat wajib".
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2360.

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi saw. sabdanya: "Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekalian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israil adalah wanita."
 
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0250.

Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Abu Khalid Al-Ahmar, dari Ibnu Ajlan, dari Said bin Abu Said, dari Abu Hurairah, dia berkata: Adalah termasuk doa Nabi SAW., yaitu; "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, doa yang tidak didengar, hati yang tidak khusyuk dan nafsu yang tidak kenyang."
 
Last edited:
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1848.

Dari Abu Said Al Khudri r.a. sesungguhnya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu bermimpi dengan mimpi yang disukainya, maka mimpi itu dari Allah. Maka hendaklah dia memuji Allah kerananya dan boleh diceritakannya kepada orang lain. Tetapi apabila dia bermimpi bukan demikian, iaitu tidak disukainya, maka sesungguhnya mimpi itu dari syaitan. Sebab itu, hendaklah dia berlindung (kepada Allah) dari bahaya mimpi itu dan tidak usah diceritakannya kepada siapa pun, kerana mimpinya itu tidak akan berbahaya kepadanya,"
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0459.

Diceritakan oleh lbnu Abbas r.a., "Sesungguhnya berzikir dengan mengeraskan suara setelah selesai solat fardu ada dilakukan di zaman Nabi saw. Kata Ibnu Abbas meneruskan,." Aku tahu setelah orang-orang selesai solat wajib, saya dengar begitu."
 
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2365.

Muhammad bin Al Mutsanna menceritakan kepada kami, Khalid bin Al-Harits menceritakan kepada kami, Humaid Ath-Thawil dari Al-Hasan dari Abi Bakrah berkata: "Allah melindungi ku, sesuatu yang aku mendengarnya dari Rasulullah saw., ketika Kisra meninggal dunia, beliau bertanya: "kepada siapa mereka mengangkat penggantinya?" Para sahabat berkata: "Anak perempuannya". Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Tidak akan bahagia suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita." Abi Bakrah berkata: "Ketika Aisyah datang di Bashrah maka aku sebutkan sabda Rasulullah saw. lalu Allah melindungi ku dengannya." Hadis ini adalah sahih.
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1783.

Dari Zaid bin Arqam r.a., katanya: "Rasulullah saw. berperang sembilan belas kali peperangan, dan beliau naik haji sesudah hijrah satu kali, di mana beliau tidak pergi haji lagi sesudah itu, selain haji Wada'."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1992.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Kalau seseorang kamu hendak campur dengan isterinya, lalu dibacanya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Jauhkanlah kiranya syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari anak yang Engkau berikan kepada kami," kalau ditakdirkan keduanya mendapat anak, nescaya untuk selamanya syaitan tidak akan membahayakan kepada anak itu."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa."
 
Back
Top
Log in Register