BTC USD 83,642.1 Gold USD 4,156.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkongsian 1 Hari 1 Hadis

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2218.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawadhuk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1462.

Dari Abu Hurairah r.a. : Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu mendengar kokok ayam, maka mohonkanlah beroleh kurnia kepada Tuhan, kerana sesungguhnya ia melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi (ringkik) keldai, maka mohonkanlah perlindungan kepada Tuhan dari bahaya syaitan, kerana sesungguhnya ia melihat syaitan".
 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah SWT. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi SAW menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya." (HR Baihaqi)
 
Terima kasih atas perkongsian...:)cgrock
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0758.

Dari Abu Said r.a., katanya: "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah saw., lalu diberi oleh beliau. Kemudian mereka minta lagi, terus diberi oleh beliau, diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah apa yang ada pada Rasulullah. Sabda beliau, "Tidak ada lagi pada ku dan tidak ada pula yang ku simpan. (Ingatlah!) siapa yang ingin terpelihara dari minta-minta, Allah akan memeliharanya, siapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupkannya, dan siapa yang berhati sabar, Allah akan memberinya kesabaran; tiada satu juga pemberian Allah yang diberikanNya kepada seseorang, yang lebih baik dan lebih lapang daripada sabar."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0075.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada orang bertanya kepada Rasullullah saw., Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaat (pertolongan) Anda di hari kiamat!" Jawab Rasulullah, "Saya kira, hai Abu Hurairah, belum ada orang bertanya perkara ini kepada ku sebelum ini. Mungkin barangkali kerana saya lihat engkau sangat rakus mendapatkan hadis. Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallaah, benar-benar ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwanya."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0039.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa melayan jenazah orang muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pemakamannya sampai selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat; satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang mengikut solat jenazah saja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0435.

Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. masuk ke dalam masjid, kemudian masuk pula seorang laki-laki lalu dia solat. Selesai solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw. Nabi menolak orang itu dan bersabda, "Ulangilah solat anda kembali kerana anda belum solat!" Maka diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi. Sabda Nabi, "Ulangilah solat anda kembali, kerana anda belum solat!" Sampai tiga kali Nabi saw. menyuruh orang itu demikian. Jawab orang itu, "Demi Allah, yang telah mengutus anda dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik dari itu. kerana itu ajarkanlah kepada ku." Jawab Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, ucapkanlah Takbir. Kemudian baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Kemudian rukuk sehingga engkau tenang dalam rukuk itu, kemudian bangkit, berdiri lurus kembali. Sesudah itu sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Sesudah itu bangkit, duduk, sehingga engkau tenang tenteram dalam dudukmu itu. Kemudian sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kamu solat."
 
Back
Top
Log in Register