BTC USD 83,055.9 Gold USD 4,148.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkongsian 1 Hari 1 Hadis

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2442.

Dari Ummur Ra'ih dari Salman ibnu 'Amir r.a, dari Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya bersedekah kepada orang miskin itu pahalanya satu sedekah dan sedekah kepada sanak keluarga pahalanya dua kali sedekah, pahala sedekah, dan silaturrahim."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0687.

Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar Ma'ruf sedekah, nahi mungkar sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."
 
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4531.

Dari Zaid ibnu 'Amr ibnu Hind dari Imran ibnu Khudzaifah berkata: "Maimunah sering berhutang dan ia banyak hutangnya, sehingga keluarganya memakinya dan memarahinya. la berkata: "Aku tidak akan mati meninggalkan hutang kerana aku telah mendengar kekasihku Rasulullah saw bersabda: "Tiada seorangpun yang pernah berhutang, kemudian Allah tahu bahawa ia ingin melunasi hutangnya, melainkan pasti Allah akan melunasi hutangnya selagi ia masih di dunia".
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2398.

Dari 'Abdullah bin Qais r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain Allah Ta'ala. Orang-orang kafir mengatakanNya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagiNya. Namun begitu Allah Ta'ala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka, dan memberikan apa yang mereka minta."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1733.

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Allah lebih gembira dengan taubat salah seorang hambaNya dari pada kegembiraan seseorang kamu kerana menemukan untanya kembali setelah tadinya hilang di tengah padang pasir yang luas."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1869.

Dari 'Uqbah bin Amir r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda di atas mimbar: "Siapkanlah untuk menghadapi (musuh) kekuatan apa saja yang kamu sanggupi. Ketahuilah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah ketrampilan memanah. Ketahuilah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah ketrampilan memanah. Ketahuilah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah ketrampilan memanah."
 
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2386.

Dari Sa'id ibnu Abu Sa'id dan Al-Qa'qa' dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda: "Pahala sedekah 1 dirham dapat mengalahkan pahala sedekah 100.000 dirham." Para sahabat bertanya: "Bagaimana hal itu bisa terjadi, wahai Rasulullah?" Jawab beliau: "Seorang yang hanya mempunyai 2 dirham, kemudian ia menyedekahkan wangnya 1 dirham, dan seorang kaya yang menuju ke tumpukan hartanya, kemudian ia mengambil sebahagian dari hartanya sebesar 100.000 dirham, lalu disedekahkan."
 
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1257.

Dari Abdullah bin Abi Thalhah dari ayahnya bahawasanya; "Pada suatu hari Rasulullah saw keluar pada kami dengan amat ceria di wajah beliau, sehingga kami bertanya pada beliau: "Gerangan apakah yang menjadikan wajah engkau menjadi sedemikian ceria?" Sabda beliau: "Ada seorang malaikat datang padaku seraya berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu berfirman: "Tidakkah engkau bergembira bahawa tidak seorangpun dari umatku yang mengucapkan selawat dan salam sekali, melainkan Allah akan membalasnya dengan sepuluh selawat dan salam."
 
Last edited:
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0990.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Sedekah bagaimanakah yang besar pahalanya?" Jawab Rasulullah saw., "Sedekah ketika anda sedang sihat, ketika anda sedang kikir, takut miskin, ketika anda sedang mengharap-harap akan menjadi seorang hartawan yang kaya-raya; maka pada saat-saat seperti itu janganlah anda lalai, bersedekahlah. Dan janganlah ditangguhkan sehingganya nyawa anda telah sampai di tenggorokan, barulah anda bahagi-bahagikan sedekah anda, ini untuk si Fulan, ini untuk si Fulan. Dan ingatlah, sesungguhnya harta itu memang untuk si Fulan."
 
Back
Top
Log in Register