BTC USD 83,055.0 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkongsian 1 Hari 1 Hadis

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1627.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda: "Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggung-jawabmu!"
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2065.

Dari 'Usman bin Abi 'Ash Ats Tsaqafi r.a. katanya dia menceritakan kepada Rasulullah saw. suatu penyakit yang dideritanya sejak ia masuk Islam. Maka bersabda Rasulullah saw. kepadanya, "Letakkan tangan mu di tubuh mu yang terasa sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali: A 'udzu billahi wa qudratihi min syarrima ajidu wa uhaziru. (Aku berlindung dengan Allah dan dengan kudratNya dari penyakit yang ku deritai dan ku cemaskan)
 
Last edited:
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1756.

Dari Usamah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: Aku berdiri di pintu syurga, maka kebanyakan yang masuk ke dalam syurga itu Orang-orang miskin dan orang-orang yang sengsara hidupnya dan ketika isi neraka disuruh masuk ke dalamnya aku berdiri di pintu neraka, kebetulan kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah kaum wanita."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1756.

Dari Usamah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: Aku berdiri di pintu syurga, maka kebanyakan yang masuk ke dalam syurga itu Orang-orang miskin dan orang-orang yang sengsara hidupnya dan ketika isi neraka disuruh masuk ke dalamnya aku berdiri di pintu neraka, kebetulan kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah kaum wanita."

Terima kasih gombak man..

saya masukkan hadits hadis ini ke mailing list nurislam

http://lcp.trwv.net/lcp/zulyusoff/nurislam
sapa berminat sila join
 
Syukran jazilan.Jazakallah khairan kathirsaya mintak izin copy posting nombor 42.
 
Last edited:
Syukran jazilan.Jazakallah khairan kathirsaya mintak izin copy posting nombor 42.

Silakan tuan.....cuma doa dlm bahasa arab tu kena disertakan sekali.

CIn8VNEUwAA7YCN.jpg
 
Last edited:
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3556.

Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Muhammad bin Fadhl memberitahukan kepada kami dari Muhammad bin Said Al Anshad dari Abdillah bin Rabi'ah Ad Damasyqiy berkata: Aidullah Abu Idris Al Khaukni menceritakan kepada kami dari Abi Darda' berkata: Rasulullah SAW bersabda "Termasuk doa Nabi Dawud adalah Dia membaca doa: (Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu untuk mencintai Mu dan mencintai orang-orang yang mencintai Mu dan amal perbuatan yang menyebabkan aku mencintai Mu. Wahai Allah jadikanlah cintaku kepada Mu lebih aku cintai dari pada diri ku sendiri dan keluargaku dan air yang dingin). Abud Darda' berkata: "Rasulullah SAW jika menyebut Nabi Dawud menceritakan tentangnya, beliau bersabda: "Dia adalah paling banyak ibadah di antara manusia pada zamannya." Hadis ini adalah hasan gharib.
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0256.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat mendoa untuk seseorang kamu selama ia masih berada di dalam musalla di mana ia melakukan solat, dan selama ia belum berhadas. Kata Malaikat: "Ya, Allah! Ampunilah dia dan turunkanlah rahmatMu kepadanya. "
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0619.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Temanku (Nabi saw.) menasihatkan kepada ku tiga perkara, yang tidak akan ku tinggalkan selama hidupku. Pertama, puasa tiga hari setiap bulan. Kedua, solat Dhuha. Ketiga, tidur sesudah solat witir."
 
Back
Top
Log in Register