BTC USD 81,125.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal Solat Jama' & Qasar

bukan apa sebab ianya bertentangan dengan hadith Nabi S.A.W

Bersabda Nabi saw :

"Imam dilantik untuk dikuti, maka jangan kamu berbeza dengannya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #722, Muslim #4141]

Persoalan tidak berbeza dengan imam mmg tidak dipertikaikan di sini. Teman bersetuju bahawa tidak boleh berbeza dengan imam dalam erti kata turutan rukun solatnya. Beerti kita tidak boleh mendahului imam dalam mana2 rukun solat atau solat kita tidak sah.

Yg menjadi persoalan sebentar tadi adalah adakah harus untuk terus berjemaah dengan imam yg dari awalnya diketahui solatnya adlah tamam sedangkan makmum bersolat qasar.
 
teman x sure ada ker tak rujukan internet.. nanti teman selak..

yg teman tepek tuh berdasarkan kitab matlaul badrain, ustat teman bacakan lepas maghrib sementara tunggu isyak masa teman kt maktab dulu :)

mungkin teman salah. ada siapa2 yg lebih arif boleh confirmkan statement teman nih :)
ok bro dah dpt rujukannya mmg ada ulamak yg berpendapat begitu...tq
 
Maaf, kalo salah tolong betulkan

Pendapat teman yg awal tadi, solat berjemaah dengan imam yg tamam tidak makruh. Tetapi berimamkan imam yg tamam yg diketahui dari awal yg solatnya tamam sedangkan makmumnya bersolat qasar (bukan jamak yer) adalah makruh :)

Walau bagaimanapun, andai kata masih terjadi, solat tersebut masih lagi sah dan pahala berjemaah masih lagi diperolehi.

Wallahualam.
Berdasarkan hadith di bawah, Ibnu Umar telah mengetahui lebih awal imam bersolat tamam...

Dari riwayat Naafi' berkata :

"Apabila Ibn Umar bersama Imam dia akan bersolat 4 rakaat dan jika ia bersolat berseorangan dia akan bersolat 2 rakaat" - [Hadith riwayat Muslim didalam Sahihnya #694]
 
hmm.. itu laa.. Islam sebenarnya dah beri banyak kelonggaran utk umatnya dapat pahala berjemaah.. tapi kita (termasuk diri teman) biasanya memilih utk solat jamak/qasar sendiri bila musafir..

paling kuat pon jemaah ngan ayah/adik yg jugak jamak/qasar. lain lain jawabnya sendiri laa :D:D

ok, teman ada satu soalan.

boleh tak teman jamak zohor dan asar.. tetapi cuma mengqasarkan salah satu waktu sahaja..
 
mungkin situasinya cam ni....
solat zohor mengikut imam yg bersolat tamam kemudian jamak qasar solat asar sendirian

wallahu'alam
 
Saya pun nakkan kepastian yang ni, kot sape2 tau. Kalau tak silap lama dulu pernah belajar kat sekolah, boleh berimamkan orang yang jamak. Sambung je berapa rakaat yang terlebih tu. Tapi kalau kita solat sunat tiba2 ada orang tepuk bahu nak jadi makmum kat belakang, kita boleh beri isyarat dengan meluruskan tangan kanan ke bawah supaya orang kat belakang tak jadi makmum. Wallahu'klam. Ingat2 lupa...

Fuqaha’ berbeza pendpt mengenai boleh atau tidak sseorang itu berimamkan orang yg mengerjakan solat lain daripada kita. Fuqaha’ syafi’I merupakan mazhab yg paling longgar mengenai pengsyaratannya.

Fuqaha’ syafi’I membolehkan seseorang itu berimamkan mereka yg solat lain. Cthnya, org solat fardhu sah solatnya berimaman org yg solat sunat. Begitu juga org yg solat sunat sah solat berimamkan org yg bersolat sunat yg lain darinya.(Fiqh Islami Jil 2(DBP m/s:245))

Dalilnya:
Dari Jabir dia berkata, "Mu'adz biasa solat bersama Nabi saw kemudian mendatangi kaumnya lalu solat mengimami mereka."[HR Bukhari]
 
Last edited:
ahib...kalau boleh tolong masukkan ke 1st post agar tidak beretabur dan senang untuk difahami oleh rakan2 lain, insyaallah. VMT

Itu yang sebaiknya. Sedang diusahakan :)
 
Saya pun nakkan kepastian yang ni, kot sape2 tau. Kalau tak silap lama dulu pernah belajar kat sekolah, boleh berimamkan orang yang jamak. Sambung je berapa rakaat yang terlebih tu. Tapi kalau kita solat sunat tiba2 ada orang tepuk bahu nak jadi makmum kat belakang, kita boleh beri isyarat dengan meluruskan tangan kanan ke bawah supaya orang kat belakang tak jadi makmum. Wallahu'klam. Ingat2 lupa...
Mengenai tepuk bahu imam, sebenarnya perkara ini tiada nas/dalil yg dijumpai malahan ada pendapat yg memakruhkannya kerana mengganggu kekusyu'an imam.

Ibn Abbas pun pernah datang menemui RasuluLlah saw di rumahnya dan dia mendapati Nabi SAW sedang solat, lalu beliau solat di sisi RasuluLlah saw tanpa tepuk/cuit bahu baginda.

kita ni ada yang tepuk bahu sampai senget sebelah imam tu.

pada saya cukup sekadar kita sentuh atau hanya berdiri di sebelah dan kuatkan lafaz takir tu. (sebagai isyarat untuk menjadi makmum)
 
Back
Top
Log in Register