BTC USD 83,349.9 Gold USD 4,109.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal Solat Jama' & Qasar

ahib0205

Legendary Member
gem
Messages
19,329
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
746
Points
166
Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya sering balik kampung dan berjalan jauh. Saya mengetahui ketika musafir kita boleh menjamakkan solat, tetapi lantaran kurangnya ilmu tentang hal itu membuatkan saya tidak yakin untuk melaksanakan solat tersebut. Saya hanya mengqada solat setelah sampai ke destinasi. Banyak perkara yang mengelirukan saya. Misalnya kita tidak boleh menjamakkan solat sekiranya akan mendiami destinasi tersebut lebih dari tiga hari. Kita juga tidak boleh menjamakkan solat sekiranya destinasi tersebut adalah kampung halaman kita.

Namun ada yang mengatakan kita boleh menjamakkan solat kerana ia bukan bergantung pada destinasi yang akan kita pergi, tetapi ia bergantung pada tempat di mana kita menjamakkan solat. Contohnya, di pertengahan jalan, kita terhenti, kita tidak berada di situ lebih dari tiga hari dan tempat itu bukan kampung halaman kita.

Oleh itu saya amat berharap ustaz dapat menerangkan tentang solat jamak dan qasar, syarat-syaratnya dan cara mendirikannya, agar saya dapat mempraktikkannya kelak.

- Hayati, Sg Besi.


Jawapan oleh ust Zaharuddin

wa'alaikumussalam

Saudari sepatutnya menjama'kan sahaja solat, qadha solat adalah sesuatu yang amat kurang baik untuk diamalkan. Qadha solat juga hanya wujud apabila seseorang tertinggal kerana uzur seperti tertidur dan yang seumpamanya. Sebarang tindakan meninggalkan solat secara sengaja adalah mengundang dosa walaupun qadha dilakukan.

Berikut pula syarat untuk men"qasar"kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-

i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.

ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.

iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat.

iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).

v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.

vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bersmusafir dari awal hingga akhirnya.

vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.

Solat jama' pula semua syaratnya sama dengan solat qasar. Berikut beberapa maklumat tentang jama' solat :-

i. Jama' tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama' kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)

ii. Solat jama' boleh dilakukan dalam dua bentuk :-

Pertama : Jamak Taqdim

Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib.


Ia berdasarkan hadith shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad, Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.

Syaratnya :

1) Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )

2) Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tatpi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lazfa niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.


3) Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.


Kedua : Jamak Takhir

Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktu solat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).

Ia dibenarkan syarak berdasarkan hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. (Rujuk Naylul Awtar, 3/212)

Syarat-syaratnya :

1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)

2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.

Soalan saudari tentang tidak boleh jamak sekiranya destinasi perjalanan itu adalah kampung halaman sendiri adalah seperti berikut (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-


a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.

b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan menegatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.

c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng"qasar"kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL

Adapun kenyataan saudari "tidak berada lebih tiga hari di sesuatu tempat perhentian" adalah syarat untuk qasar sahaja. Adapun solat jamak, maka ia masih di bolehkan jika terdapat sebab-sebab yang di sebutkan di atas.


UPDATE


2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)


sumber : islam.gov.my

kalo solat jamak taqdim.. kita masukkan solat asar ke dalam waktu zohor, so solat zohor dulu..

kalo solat jamak takhir, kita masukkan solat zohor ke dalam waktu asar, so solat asar dulu..

ini demi menghormati waktu solat tuh dulu.. kira mcam tuan tanah laa nih :)


1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.

iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna).

v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

teman mungkin salah, siapa2 yg lebih arif tolong betulkan teman yer.. sama2 kita belajar..

persoalan berjemaah jamak/qasar nih byk timbulkan kekeliruan sbb tuh ramai yg haya solat bersendirian bila jamak/qasar sedangkan pahala berjemaah masih boleh diperolehi walaupun solat kita berjemaah dgn org yg tamam.

persoalan 1
Bolehkah orang yg solat qasar berimamkan orang yg tamam.


Jawapan:

Sah solatnya seandainya dia x mendahului imam dalam memberi salam. Masalah sering terjadi bila makmum musafir solat maghrib 3 rakaat manakala imam pula solat isyak 4 rakaat.
Saat ketika imam bangun untuk menyempurnakan rakaat keempat, makmum musafir mempunyai dua pilihan iaitu sama ada

1. bangun dan dirikan rakaat keempat bersama2 imam tetapi niat qasarnya terbatal.
2. tunggu sehingga imam tamat tahiyat akhir dan bersama2 memberi salam bersama imam.
3. keluar dari jemaah (tetapi ada juga ulama khilaf mengatakan mufaraqah tidak dibenarkan)
 
Last edited:
Solat qasar dan jamak zohor dengan asar pada hari jumaat

Solat qasar dan jamak zohor dengan asar pada hari jumaat

Mazhab Syafii

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat.

Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat

Rujukan: efatwa



Hukum tinggal solat jumaat dan mengerjakan solat zohor qasar

Soalan:

Bolehkah ditinggalkan solat Jumaat dan ditunaikan Zohor qasar dan dijamakkkan dengan Asar?

Jawapan:

Seorang musafir adakalanya wajib di atasnya menunaikan fardhu Jumaat dan ada kalanya harus baginya meninggal Jumaat dan mengerjakan Zohor. Wajib di atasnya menunaikan Jumaat apabila safarnya (perjalanannya) bermula selepas daripada naik fajar hari Jumaat itu dan haram perjalanannya jika tiada ada pada zannya yang ia dapat menunaikan fardhu Jumaat di dalam perjalanannya dan harus baginya meninggal Jumaat dan mengerjakan Zohor apabila sempurna safar yang harus dan berlaku sebelum naik fajar.

1. Bagi musafir yang wajib di atasnya meninggal Jumaat dan tiada sah zohornya yang dikerjakan sebelum salam imam Jumaat dan sah Zohor yang dilakukan selepas sama ada itmam atau qasar jika safarnya dua marhalah ke atas.

2. Sah qasar Asar dan dijamakkan dengan Jumaat jamak taqdim menurut syarat-syarat sah qasar dan jamak.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah Darul Aman
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
Penulis/Ulama : Dato Paduka Sheikh Abdul Majid Bin Mohd Nor


sumber: usim

UPDATE

apa2 pun.. salam masta.. hehehe..

ok, tentang isyarat tuh, mmg kita harus membuat isyarat sama ada luruskan tgn ke bawah ataupun lipat lengan ke atas (ala ala lambai, tp takyah laa goyang2.. naikkan ajer telapak tuh, goyang kang batal laa solat :D) untuk bg sign yg kita tidak boleh mengimamkan solat jemaah tersebut :)

tentang jamak/qasar berjemaah pula. sebenarnya dibolehkan untuk berimam kepada yg tamam, tetapi disebabkan kekiruan yg timbul maka ijmak ulamak mengatakan makruh bagi yg berimamkan imam tamam.

rasional dia begini.. solat kita adalah sangat mudah dan sempurna. tidak akan ada satu saat dalam slat pon yg mana makmum boleh mendahului imam..

KES 1 (BETUL)
makmum tamam berimamkan imam musafir (qasar). Imam berniat untuk solat qasar manakala makmum berniat utk solat tamam (biasa).
Apabila imam tamat 2 rakaat dan tahiyat akhir lalu salam, makmum yg solat tamam hanya perlu bangun dan sambung solat (seperti juga menjadi makmum masbuk) dan tamatkan solat seperti biasa. Solat Imam sah dan solat makmum juga sah.

KES 2 (SALAH)
makmum tamam berimamkan imam musafir (qasar). Ketika imam tamat tahiyat akhir dalam rakaat keduanya, dia memberi salam dan makmum turut memberi salam. Alasan yg diberi, rakaat ditanggung imam. INI ADALAH SALAH. Kerana makmum berniat utk solat tamam 4 rakaat maka salam pada rakaat keduanya tidak memenuhi niat solat 4 rakaat. Solat Imam tadi sah tetapi makmum kene mengulangi solat semula.

p/s:- imam yg qasar solatnya diharuskan memberitahu makmum yg dia telah mengqasarkan solatnya utk makluman makmum.

KES 3 (BETUL)
imam adalah tamam manakala makmum pula musafir. Dalam kes nih, sekiranya diketahui dari awal, adalah makruh utk terus berjemaah. Tetapi sekiranya makmum tersebut masbuk, solat masih sah seperti biasa. Pada saat imam bangun pada rakaat keeempat, sedangkan makmum sudah pun tamat rakaat ketiga,
i) makmum perlu tunggu sehingga imam turun tahiyat akhir sehingga memberi salam, barulah makmum boleh memberi salam. Imam sah dan makmum sah.
ii) makmum turut bangun utk rakaat keempat dan berniat untuk tidak solat qasar. Imam sah dan makmum sah.

KES 4 (SALAH)
Berlawanan bagi kes 3 di atas, sekiranya imam bangun untuk rakaat keempat,
i) memberi salam tanpa menunggu imam. solat tidak sah
ii) makmum bgn sekali utk rakaat keempat tanpa berniat untuk membatalkan niat solat qasarnya. solat tidak sah.

Maaf, kalo salah tolong betulkan

Pendapat teman yg awal tadi, solat berjemaah dengan imam yg tamam tidak makruh. Tetapi berimamkan imam yg tamam yg diketahui dari awal yg solatnya tamam sedangkan makmumnya bersolat qasar (bukan jamak yer) adalah makruh :)

Walau bagaimanapun, andai kata masih terjadi, solat tersebut masih lagi sah dan pahala berjemaah masih lagi diperolehi.

Wallahualam.
 
Last edited:
bantu aku yang jahil lagi kurang ilmu ini dalam memberi pencerahan disini:

Solat Qasar - berapa rakaat kena buat? Aku still blur part ni.

Solat Jamak - mengabungkan tu maksudnya kita tetap niat buat 4 rakaat utk zohor-asar (jamak taqdim) / asar-zohor (jamak taqhir)? maksudnya disini kiranya 2 rakaat pertama tu utk mewakili zohor, 2 rakaat akhir utk asar. mcm tu ke? atau sebenarnye kita tetap buat 4 rakaat utk zohor itu sendri dan 4 rakaat utk asar itu sendri?
 
bantu aku yang jahil lagi kurang ilmu ini dalam memberi pencerahan disini:

Solat Qasar - berapa rakaat kena buat? Aku still blur part ni.

Solat Jamak - mengabungkan tu maksudnya kita tetap niat buat 4 rakaat utk zohor-asar (jamak taqdim) / asar-zohor (jamak taqhir)? maksudnya disini kiranya 2 rakaat pertama tu utk mewakili zohor, 2 rakaat akhir utk asar. mcm tu ke? atau sebenarnye kita tetap buat 4 rakaat utk zohor itu sendri dan 4 rakaat utk asar itu sendri?

KALAU SALAH TOLONG BETULKAN...

bagi solat Zohor dan Asar - bro buat 4 rakaat 2 salam.

bagi solat Mahgrib dan Isyak - 5 rakaat 2 salam iaitu mahgrib tak boleh dipendekan. mesti 3 rakaat.

Subuh jangan dok pandai2 qasar..:D
 
solat qasar - solat yg 4rakaat jadi 2rakaat (dipendekkan). subuh & maghrib xblh qasar

solat jamak - gabung 2solat dlm 1waktu. contohny kita tetap buat 4 rakaat utk zohor itu sendri dan 4 rakaat utk asar itu sendri.

sila tambah yg lain.
 
Last edited:
timakasih, bnyk ilmu sy dpt ni bleh amal time blk kampung nanti...
 
bantu aku yang jahil lagi kurang ilmu ini dalam memberi pencerahan disini:

Solat Qasar - berapa rakaat kena buat? Aku still blur part ni.

Solat Jamak - mengabungkan tu maksudnya kita tetap niat buat 4 rakaat utk zohor-asar (jamak taqdim) / asar-zohor (jamak taqhir)? maksudnya disini kiranya 2 rakaat pertama tu utk mewakili zohor, 2 rakaat akhir utk asar. mcm tu ke? atau sebenarnye kita tetap buat 4 rakaat utk zohor itu sendri dan 4 rakaat utk asar itu sendri?

Dulu pernah tanya ustaz, Qasar hanya untuk solat 4 rakaat sahaja. Zuhur, Asar dan Isyak. 4 rakaat jadi 2 rakaat. Maghrib dan subuh tak boleh Qasar. Kalau jamak dan qasar maghrib-Isyak, masa solat maghrib hanya niatkan jamak, masa solat isyak niat jamak dan qasar
 
oh ada tambahan tapi xde dlm kitab = jamak takyah = musafir jauh tapi langsung tak solat @ tak payah solat & x kesah ttg solat. jamak takyah ni sesat & berdosa besar jika di amalkan!

hehe jgn marah daa posa daaaa
 
Ada banyak perkara khilaf tentang solat Jama' dan Qasar ni. Terutama pada penentuan jarak 2 marhalah. Ada banyak pendapat.

Begitu juga tentang penentuan berapa hari yang dibenarkan solat Jama' dan Qasar.
 
yg dosa tu rmi org nk ikut :)):)):))
 
Back
Top
Log in Register