BTC USD 81,469.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perihal Solat Jama' & Qasar

apa khabar bro? :)

lama takd engar cerita :)cgrock

Tentang penentuan jarak ada juga yang mengambilnya secara purata iaitu 100km :)

Apa pendapat bro?

Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah menegaskan bahawa ada dua bentuk pandangan ulama’ dalam hal jarak perjalanan yang diperbolehkan sembahyang qasar. Satu kelompok membatasi jarak yang tertentu manakala kelompok yang satu lagi tidak membatasinya melainkan ianya ditentukan menurut adat kebiasaan lingkungan perjalanan seseorang. Beliau telah menguatkan pendapat kelompok kedua sebagaimana Syaikh al-Islam. Dengan ini dapat kita fahami bahawa antara faktor yang menyebabkan terdapat beberapa hadis dan atsar yang menunjukkan batas minima yang berbeza jaraknya dalam isu sembahyang qasar ini adalah disebabkan perbezaan dalam adat kebiasaan perjalanan yang diklasifikasikan sebagai safar di antara para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum.

Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sebenarnya tidak pernah meletakkan had batasan yang memperbolehkan kita mengqasarkan sembahyang. Tetapi baginda akan senantiasa mengqasarkan sembahyang apabila baginda bermusafir keluar dari Madinah. Syaikh al-Albani rahimahullah dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah (jld 1, ms. 367) telah menurunkan kata-kata Imam Ibnu Mundzir:

Sungguh saya tidak mengetahui bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengqasarkan sembahyang dalam satu perjalanan kecuali setelah keluar dari Madinah.

Kenyataan Ibnu Mundzir ini adalah selari dengan sebuah riwayat dari Abdullah ibnu Umar radhiallahu 'anhuma , dia berkata:

Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika keluar dari kota Madinah, baginda tidak menambah rakaat sembahyang-sembahyangnya melebihi 2 rakaat (kecuali Maghrib) sehinggalah baginda kembali ke kota Madinah.

Syaikh Abu Ubaidah Masyhur pula berkata:

Namun pendapat yang shahih menurut para ulama’ yang sangat teliti bahawa jika menurut adat kebiasaan seseorang satu jarak tertentu sudah boleh dianggap melakukan safar, maka dia dianggap telah boleh mengerjakan jamak mahupun qasar. Ini lebih sesuai dengan slogan Islam yang selalu memberikan kemudahan kepada umatnya. Ini adalah kerana dengan meletakkan had batasan seperti hanya boleh mengqasarkan sembahyang selama tiga hari atau batasan-batasan lainnya, boleh mengakibatkan musnahnya kemudahan yang diberikan syari’at Islam.

Manakala Syaikh al-Syinqithi rahimahullah pula berkata:

Pendapat yang paling kuat dan dapat dijadikan sebagai hujjah menurutku adalah pendapat orang yang menyatakan: “Sesungguhnya semua yang dikategorikan sebagai safar sekalipun jaraknya tidak jauh maka diperbolehkan pelakunya untuk mengqasarkan sembahyang, sebab dalam nas[7] hanya disebutkan safar secara mutlak (tanpa dibatasi dengan ukuran jarak mahupun hari).

Oleh itu tiada sesiapa yang berhak untuk meletakkan batasan tentang jauh jarak perjalanan yang diperbolehkan seseorang itu bersembahyang qasar kecuali Allah 'Azza wa Jalla dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam. Ternyata Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak meletakkan batasan jarak tersebut maka ianya bergantung kepada kebiasaan lingkungan perjalanan harian seseorang individu. Apatah lagi terdapat hadis-hadis yang menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengqasarkan sembahyang dalam perjalanan yang kurang dari dua marhalah. Apabila Anas bin Malik radhiallahu 'anhu ditanya tentang solat qasar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau menjelaskan:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila keluar dalam satu perjalanan yang berjarak tiga mil atau tiga farsakh(Syu’bah ragu-ragu) maka baginda sembahyang hanya 2 rakaat.
 
mmg banyak ijmak ulamak tentang jarak yg membolehkan jamak/qasar..

sama juga tentang berapa tempoh yg dibenarkan utk jamak/qasar..

sesetengah kata 3 hari tak termasuk perjalanan, ada yg kata 3 hari termasuk perjalanan..

sesetengah kata 7 hari, ada yg kata 3 minggu..

dan ada juga yg kata selagi musafir boleh selagi dia belum solat jumaaat.. maknanya kalo minggu nih dia masih musafir dan bercadang utuk meneruskan qasar/jamak dia.. maka dia tidak perlu menunaikan solat jumaat tetapi wajib digantikan dengan solat zohor 4 rakaat..

permasalahan yg sama, sekiranya teman baru sahaja sampai ke kampung dan solat jumaat (pada hari yg sama), maka hari2 berikutnya tidak dibolehkan jamak/qasar walaupun masih tidak melebihi 3 hari (atau 7 hari atau 3 minggu)

petikan dari kitab matlaul badrain yg diajar ustat teman dulu.. semoga pahala dia berterusan

:)
 
Last edited:
Sedikit tambahan info:

Adapun seseorang itu dalam keadaan bermusafir pada jarak 2 marhalah (+-92km), maka rukhsoh solat ke atasnya dibolehkan sebaik shaja dia meninggalkan mukimnya.

contohya,

teman tinggal kt kota damansara.. n nak balik raya ker ipoh..
teman x perlu tunggu 90km baru boleh jamak/qasar, sebaliknya sebaik sahaja teman meninggalkan mukim kota damansara, teman dah boleh jamak/qasar solat teman.

secara ringkas, keluar jer dari mukim kota damansara untuk perjalanan lebih 90km, dah boleh jamak. So saper2 duduk kota damansara nk balik kampung jauh2, kat petaling jaya pon dah boleh jamak (luar mukim)

sama jugak, apabila dalam perjalanan pulang, selagi dia x masuk mukim, rukhsoh solat ke atasnya masih harus. so ondaway balik dari ipoh ker kota damansara minggu depan, teman nk jamak kat petaling jaya still boleh, selagi x masuk mukim

tapi macam mana pulak kita nk tahu sempadan mukim... jeng jeng jeng.. :D:D

Saya pun paham gitu jugak :)cgrock

nak tahu sempadan mukim? hm... macam bro terang tu la. Contoh saya duk shah alam nak balik pahang. saya singgah la kat KL solat jap :)

betul ke ni bro? :D
 
bagi jamak takhir, adakah dibuat solat terdahulu (zohor/maghrib) dulu atau solat kemudian dahulu (asar/isyak)?

apa yg sy belajar, solat pada waktu tu yang dibuat dahulu.

mintak penjelasan:)
 
bagi jamak takhir, adakah dibuat solat terdahulu (zohor/maghrib) dulu atau solat kemudian dahulu (asar/isyak)?

apa yg sy belajar, solat pada waktu tu yang dibuat dahulu.

mintak penjelasan:)

ini konsep untuk kita lakukan jama' :)cgrock

Solat pawa waktunya dulu :)
 
bagi jamak takhir, adakah dibuat solat terdahulu (zohor/maghrib) dulu atau solat kemudian dahulu (asar/isyak)?

apa yg sy belajar, solat pada waktu tu yang dibuat dahulu.

mintak penjelasan:)

kalo solat jamak taqdim.. kita masukkan solat asar ke dalam waktu zohor, so solat zohor dulu..

kalo solat jamak takhir, kita masukkan solat zohor ke dalam waktu asar, so solat asar dulu..

ini demi menghormati waktu solat tuh dulu.. kira mcam tuan tanah laa nih :)
 
nie baru aku paham klau mcm gini....:)
 
kalo solat jamak taqdim.. kita masukkan solat asar ke dalam waktu zohor, so solat zohor dulu..

kalo solat jamak takhir, kita masukkan solat zohor ke dalam waktu asar, so solat asar dulu..

ini demi menghormati waktu solat tuh dulu.. kira mcam tuan tanah laa nih :)
Jumhur ulamak (Hanafiah,Malikiah dan Hanabilah) mewajibkan tertib dalam menjamak solat, jadi dalam masalah jama' ta'khir, wajib didulukan zohor dulu sebelum asar.

Tapi disisi imam Syafi'e hukumnya sunat jer,
afdhal didulukan zohor,tapi kalau solat asar dulu pun tak mengapa.

Kesimpulannya: Eloklah buat secara tertib, kerana keluar dari khilaf itu adalah lebih baik.
 
ini konsep untuk kita lakukan jama' :)cgrock

Solat pawa waktunya dulu :)

Bagi solat Jama' Ta'khir dibolehkan solat mana-mana waktu dahulu. Contoh : Jama' Ta'khir Isya' & Maghrib, boleh pilih nak solat maghrib dahulu atau isya' :)cgrock

mmg banyak ijmak ulamak tentang jarak yg membolehkan jamak/qasar..

sama juga tentang berapa tempoh yg dibenarkan utk jamak/qasar..

sesetengah kata 3 hari tak termasuk perjalanan, ada yg kata 3 hari termasuk perjalanan..

sesetengah kata 7 hari, ada yg kata 3 minggu..

dan ada juga yg kata selagi musafir boleh selagi dia belum solat jumaaat.. maknanya kalo minggu nih dia masih musafir dan bercadang utuk meneruskan qasar/jamak dia.. maka dia tidak perlu menunaikan solat jumaat tetapi wajib digantikan dengan solat zohor 4 rakaat..

permasalahan yg sama, sekiranya teman baru sahaja sampai ke kampung dan solat jumaat (pada hari yg sama), maka hari2 berikutnya tidak dibolehkan jamak/qasar walaupun masih tidak melebihi 3 hari (atau 7 hari atau 3 minggu)

petikan dari kitab matlaul badrain yg diajar ustat teman dulu.. semoga pahala dia berterusan

:)

Ada juga pendapat ulama' mengatakan dibolehkan solat Jama' dan Qasar selagi belum sampai ke tempat tinggal asal anda. Tiada had waktu (Pendapat lemah) #:-S
 
Jumhur ulamak (Hanafiah,Malikiah dan Hanabilah) mewajibkan tertib dalam menjamak solat, jadi dalam masalah jama' ta'khir, wajib didulukan zohor dulu sebelum asar.

Tapi disisi imam Syafi'e hukumnya sunat jer,
afdhal didulukan zohor,tapi kalau solat asar dulu pun tak mengapa.

Kesimpulannya: Eloklah buat secara tertib, kerana keluar dari khilaf itu adalah lebih baik.

Betul tu, nak nampak cantik dan dapat pahala sunat : buat ikut tertib. Tapi jika tidak mengikut tertib pun tidak mengapa. #:-S

p/s : Jangan pula bila tengok ada individu solat jama' ta'khir Isya' dulu kita tegur cakap salah :">:">:">
 
Back
Top
Log in Register