BTC USD 81,916.3 Gold USD 4,140.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan ICERD 8 Dec 2018

Ratifikasi ICERD


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
Biar berapa pun jumlah peserta yang dianggarkan, ia menempah sejarah dalam tiga
perkara:

1. Ia adalah satu *perhimpunan yang terbesar* dalam sejarah negara ini;
2. Ia adalah satu *perhimpunan orang Melayu yang terbesar* sepanjang sejarah.
3. Ia adalah satu *perhimpunan yang paling aman dan bersih* dalam sejarah negara.
Tiada satu saman dikeluarkan dan tiada sekeping kertas atau satu sampah yang
ditinggalkan.


Sambil kita boleh merasa lega seketika, kita tidak boleh leka. Ada beberapa konvensyen
lagi yang perlu diberi perhatian. *ICERD pun mungkin hendak diratifikasi semula* di masa
hadapan. *RUU Harmoni* mungkin hendak dibawa ke Parlimen semula. Kita perlu
waspada. Jika perlu, kita perlu bangun semula.

Tun Abdul Hamid


http://www.tunabdulhamid.my/index.p...s/item/917-ratifikasi-icerd-mengimbas-kembali
 
PAS & UMNO kedua2nya parti politik. Dah tentu masing2 ada agenda tersendiri. Yg aku nampak UMNO berkawan dgn PAS supaya nampak suci dan bersih drpd imej penyamun. PAS berkawan dgn UMNO sbb diorang nakkan ahli UMNO bila satu hari nanti UMNO diharamkan :))

betul..kita nk ahli.
atau senang ckp, nk org umno pangkah pas..hehe

tu la.kdg2 aku pun x setuju bila pimpinan pas terlalu rapat sgt dgn pimpinan umno ni.
sebb nmpk depa mcm api dlm sekam.
 
betul..kita nk ahli.
atau senang ckp, nk org umno pangkah pas..hehe

tu la.kdg2 aku pun x setuju bila pimpinan pas terlalu rapat sgt dgn pimpinan umno ni.
sebb nmpk depa mcm api dlm sekam.

tidak perlu panas bontot bila melayu hendak bersatu.
umno dan pas boleh bersatu, lagi cepat lagi baik.

zahid komedi sila letak jawatan, imej anda sudah busuk.

tok mat naik presiden, kj jadi timbalan, memang kita akan terselamat dari terus ditindas oleh rejim zalim ph
 
mmg lala ayaitan tu asal malaikat.. so madey maksudkn syaitan?

Syaitan = terdiri dari bangsa jin dan manusia yg jahat.
Iblis = azazil = dari bangsa jin
Malaikat is malaikat = xpnah bt salah hanya menurut perintah allah.
 
Muhyiddin: Himpunan ICERD bukti PH junjung demokrasi, kebebasan bersuara​

December 10, 2018 12:27 AM

icerd-himpunan-FMT-9122018.jpg

Polis menganggarkan 55,000 peserta menyertai himpunan membantah ICERD di Dataran Merdeka semalam yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

PUTRAJAYA: Tiada sekatan, halangan dan tangkapan pada perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara semalam, bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjunjung demokrasi dan kebebasan rakyat bersuara.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun himpunan itu dikatakan “setback” kepada kerajaan, namun ia juga menunjukkan hala tuju kerajaan mendaulatkan undang-undang serta satu langkah ke depan untuk rakyat menyuarakan pendapat.

Presiden PPBM itu berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku dalam himpunan itu seperti beberapa perhimpunan yang diadakan pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Dahulu penahanan, tindakan menghalang dilakukan untuk tidak membolehkan individu tertentu berucap dan ada yang ditangkap dan dimasukkan dalam penjara untuk satu ketika.

“Ini membuktikan Malaysia Baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didokong rakyat, menjunjung prinsip demokrasi, hak bersuara kita tak sekat dan kita meneruskan urusan perhimpunan itu berdasarkan kedaulatan undang-undang,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Amal PH malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata, anggaran 55,000 peserta menyertai himpunan itu yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sebelum ini, penganjur dilaporkan berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai tanda kesyukuran atas keputusan kerajaan tidak meratifikasikan triti berkenaan serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan PH tidak akan meratifikasi ICERD dan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum semasa pembentukan negara.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...ukti-ph-junjung-demokrasi-kebebasan-bersuara/
 
pelik aku menteri2 skrg
sblm ni kutuk perhimpunan ICERD ni
lepas perhimpunan selesai dgn aman dan berjaya
terus memuji diri sendiri pulak...
are they ketum???
 
betul..kita nk ahli.
atau senang ckp, nk org umno pangkah pas..hehe

tu la.kdg2 aku pun x setuju bila pimpinan pas terlalu rapat sgt dgn pimpinan umno ni.
sebb nmpk depa mcm api dlm sekam.

Sebab tu Pas ambil pendekatan kerjasama bukan gabung. Bererti kalau umno vuat salah laku mudah Pas bantah. Kalau masih berdegil mudah Pas batalkan perjanjian. Check and balance yg mantap.
 
pelik aku menteri2 skrg
sblm ni kutuk perhimpunan ICERD ni
lepas perhimpunan selesai dgn aman dan berjaya
terus memuji diri sendiri pulak...
are they ketum???

tumpang sekaki kejayaan...nanti kalu kutuk kena bahan plak...:)):)):))
 
pelik aku menteri2 skrg
sblm ni kutuk perhimpunan ICERD ni
lepas perhimpunan selesai dgn aman dan berjaya
terus memuji diri sendiri pulak...
are they ketum???

Apalah yg ko boleh harap dari menteri PH. Kencing bercabang lidah bercabang.
 
Back
Top
Log in Register